Tuesday, May 31, 2011

Erti Sebuah Tangisan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt...

Menangislah kamu…

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menghiasi telinga si ibu. Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuah risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan titis air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.

Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata kerana harta dan kedudukan. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil. Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.

“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang.” (al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup, justeru hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah s.a.w. “Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”

Nabi Muhammad bersabda lagi : “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali.”

Oleh kerana itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda : “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad bersabda : “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

Seorang Hukama pernah bersyair : “Aku hairan dan terperanjat, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda : “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Bukankah Nabi pernah bersabda: “Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala.”

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad- abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata: "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.”

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : “Kenapa engkau menangis?” “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang,” jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata “Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Masud r.a.berkata : “Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah. Tanyalah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”

Wahai diri.. Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!

Wassalam..

Monday, May 30, 2011

Perbaiki Solat Kita

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Usai mengintai kalam sahabat2, tiba2 saya terasa ingin melakar sepatah dua bicara, memaksa jari kembali menari2 di atas papan kekunci ini. Minda menerawang memikirkan semua solat yang pernah dilakukan. Hati tertanya, benarkah kita sedang solat dan menyembah ALLAH swt dengan seluruh rasa kehambaan, sedangkan minda seringkali tak lepas2 memikirkan dunia?

Cuba kita fikir, betapa teraturnya duduk seorang pencari kerja, tertib sopan menjawab segala soalan yang diutarakan daripada celah bibir sang penemuduga. Dalam hati, harapan menggunung agar diri diterima bekerja. Tiada hal lain dalam fikiran. Terlalu fokus. Tak sempat memikirkan hal diri, keluarga, cinta dan seumpamanya.

Tapi, bila menghadap Allah SWT, mengapa jiwa tak sepenuhnya mengingati Dia? Mengapa sesetengah kita masih berkesempatan untuk memikirkan dunia? Mengapa tidak menanam harapan agar segala ibadah diterima? Khusyukkah kita?


Firman Allah:

"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan Aku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku." (Surah Taha : 14 )

Solat itu kita lakukan untuk mengingati dan mendekatkan diri pada Allah. Tapi, apa yang berlaku pada kita? Baru saja angkat takbir, entah ke mana fikiran kita? Melayang jauh. Habis solat, sudah satu dunia kita jelajah agaknya. Kadang2 sempat teringat benda lain, mencari barang hilang atau tersalah letak, fikir hari ni nak makan apa, lepas solat nanti nak buat apa, rasa mengantuk waktu solat, dan macam2 lagi. Apakah makna solat kita andai begitu gayanya? Astaghfirullahal'azim..


Allah berfirman lagi,

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”(Surah al-Ankabut : 45)


Tapi, bagaimana dengan solat yang tidak khusyuk seperti kita?  Rasulullah SAW pernah bersabda, Allah SWT tidak memandang solat seseorang yang hati dan badannya tidak hadir di situ. Baginda juga bersabda:

"Jika solat tidak menghalangi kejahatan dan kemungkaran seseorang, maka bertambah jauhlah dia dari Allah. Dan solat orang yang melambat-lambatkan takkan mencegah kemungkaran dan kejahatan."

Ingin saya berkongsi sesuatu yang saya baca daripada sebuah buku. Mungkin ini dapat membantu memberi jawapan kepada kita tentang cara untuk khusyuk dalam solat.

Dirawikan daripada Hatim Al-Ashom, dia ditanya tentang solatnya. Maka dia menjawab:

"Ketika tiba solat, ku sempurnakan wudhukku, aku pergi ke tempat solat, aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu ku dirikan solat. Aku jadikan Kaabah dan Allah di depan mataku, titian sirat di bawah tapak kakiku, Syurga di kananku, Neraka di kiriku, Malaikat Maut di belakangku dan ku kira itu solatku yang terakhir. Kemudian, aku berdiri antara berharap dan takut, aku takbir dengan sungguh2, membaca dengan tartil, rukuk dengan tawadhu', sujud dengan khusyuk, tahiyyat awal dan akhir dengan ikhlas dan aku tidak tahu adakah solatku diterima atau tidak."



Subhanallah.. bagaimana pula dengan solat kita? Adakah diterima oleh Allah? Saya tahu, entri sebegini telah banyak dan seringkali dicoret oleh mereka yang prihatin. Jika dicari sabda dan dan firman tentang solat, mungkin tak tersenarai di sini. Jadi, sahabat2 yang saya kasihi, jika kita sedar apa nilai solat kita di mata Allah, maka berubahlah demi redhaNya. Mari sama2 perbaiki solat kita, agar dapat kita menyemai rasa kehambaan yang mendalam pada Pencipta yang Maha Agung, Allah SWT.. Semoga perkongsian ringkas ini dapat menjadi antara wasilah yang dapat membuka mata dan hati kita untuk sentiasa memperbaiki diri. Amin..

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solatnya” (Surah al-Mukminun : 1-2)

Wassalam..

Friday, May 27, 2011

Jom Semak Arah Kiblat 28 Mei 2011



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt..

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi umat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH SWT tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?


Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
Ihsan Falak Online

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum

Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
  • Tandakan arah qiblat.

Selepas.

Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.

Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Sumber : tranungkite

Wassalam...

Wednesday, May 25, 2011

Mengejar Cahaya

Bismillahirrahmanirrahim...

Ku berlari dengan nafas lelah
Mengejar cahaya yang menjauh
Dalam pelarian,
Sempat ku mengikir mata akal
Agar tajamnya membunuh khilaf
Semakin subur dalam fikiran..

Ku cuba bernaung
Di bawah himpunan sabda dan firman
Lari dari bara api nafsu
Dan hembusan hasutan syaitan
Saat di qalbu ada perang menawan iman
Dan..
Imanku selalu tewas
Alangkah.. !!

Ku hitung usia yang semakin lunyai
Dikunyah waktu yang lapar
Menatap cermin tamsilan kendiri
Terlihat hanya sekujur tubuh penuh dosa
Mana ruang suci pada inci tubuh hina ini?

Ya Rabb..
Andai diri ini hina di mataMu,
Layakkah kaki ini melangkah di bumiMu?
(T_T)

-Qurratu 'Ain-


Tragedi Hulu Langat

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Salam sejahtera kepada pembaca yang saya kasihi. Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan gembira sentiasa. Tapi, dalam kegembiraan itu, jangan lupa pada insan yang sedang bersedih. Mungkin di sini kita ketawa, tapi ingatlah di sana ada yang sedang menangis.

Rasanya semua sudah sedia maklum tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat Selangor baru2 ini. Kejadian yang sangat menyayat hati bukan? 

Di dada2 akhbar, kaca televisyen, corong radio, dan sebagainya setia melaporkan kejadian tersebut kepada kita sehingga ke hari ini. Tiada siapa menyangka 21 Mei 2011 akan menjadi satu tarikh yang penuh tragedi di negara ini, khususnya kepada warga Al-Takwa itu sendiri. 

Firman Allah SWT :
Sungguh akan Kami berikan cubaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kami kembali) . Mereka itulah orang-orang yang mendapat shalawat dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.(Al-Baqarah : 155-157)
Berikut ialah senarai nama penuh mangsa kejadian.
Enam belas yang terkorban ialah :

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun
2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat iaitu:

1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Di sini saya sertakan beberapa gambar tragedi tersebut. Sukar digambarkan perasaan bila menatap gambar2 ini. Tiada kata yang dapat dilafazkan. Biarlah gambar2 ini yang menceritakan segalanya.

Sekitar kawasan tanah runtuh...



Mangsa kejadian...



Yang terkorban...



Dan.. gambar ini akan hanya tinggal kenangan..


Takziah buat semua hamba Allah yang ditimpa musibah ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka, sekaligus mengurniakan ganjaran yang besar untuk yang terkorban dan kepada ahli keluarga yang berkenaan.

Ingatlah, setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya. Bersabarlah dengan setiap ujian dan dugaan yang dicubakan ke atas kita. Jangan sesekali menyalahkan takdir atau mempersoalkan ketentuan Allah SWT.

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيم

Bermaksud: Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali terjadi dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.(At-Taghabun :11)
Kepada pembaca, semoga tragedi ini memberi peringatan kepada kita tentang kuasa Allah SWT. Ketahuilah, ajal dan maut akan datang bila2 masa saja bila waktunya telah tiba. Tak siapa tahu. Jadi, mari sama2 bermuhasabah, menginsafi diri dan persiapkan diri kita dengan amalan2 kebaikan sebagai bekalan ke taman abadi..

Wassalam..

Tuesday, May 24, 2011

Gaya Bahasa Dalam Sajak

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Tiba2 pulak tulis entri berkaitan sastera. Kenapa agaknya? Hehe. Sebenarnya.. tadi, saya terasa nak tulis sajak lagi. Atas sebab tu, saya mencari2 sesuatu dengan hujung jari, bertanya pada Pak Cik Google tentang gaya bahasa dalam sajak, nak refresh balik tentang gaya bahasa dalam sajak yang pernah saya belajar zaman2 study dulu. Dah banyak terlupa.. Maklumlah, dah tua. Hee.. Jadi, saya terjumpa sesuatu yang saya rasa nak kongsikan bersama kat sini.



PEMILIHAN DIKSI

Kata Asing

Perkataan asing yang selalu di temui dalam sajak ialah Bahasa Inggeris, Arab, Jawa dan sebagainya. Dalam antologi sajak Cermin Diri .sajak yang bertajuk ‘Kiss of fire' karya Faridah Hamid.

Dalam rangkulan kabus
kuning
merah jambu
putih
kau telah dewasa
indah dan menawan
atas kehebatan namamu
Kiss of fire


Kata Tempatan

Dialek tertentu digunakan penyajak berhubung dengan dirinya atau lingkungannya
Contohnya:
¨ Di bawah pepohon yang limbu

Singkatan ( Sinkof )

Pemilihan kata-kata yang disingkatkan supaya lebih ekonomis dan indah didengar.
Contohnya:
¨ Daun-daun – Dedaun
¨ Jari-jari – Jejari
¨ Pohon-pohon – Pepohon
¨ Matahari – Mentari
¨ Hendak – nak
¨ Mahu – Mau
¨ Akan - kan

Gandaan

Gandaan merupakan kata-kata yang berganda atau berulang-ulang. Tujuannya ialah memberikan penekanan terhadap mesejnya.
¨ Hari-hari
¨ Malam-malam

Onomatopia

Onomatopia berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud kata-kata yang digunakan untuk meniru suara atau bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu objek, gerak atau manusia.
Contohnya:
¨ Bunyi jam seperti ting, ting, ting

Simbol

Simbol biasanya merujuk kepada kata-kata yang dipilih memberi erti yang lain disebaliknya. Simbol disebut juga lambang.

INGATAN : CONTOH YANG DIBERIKAN DALAM PENGUNAAN SIMBOL TIDAK SEMESTINYA TETAP.

Dari segi Warna.
¨ Merah lambang kepada berani, bahaya, gelora garang dan cemas
¨ Putih lambang kepada suci, bersih, harapan, gembira dan mengaku kalah.
¨ Hitam lambang kepada kotor, durjana, celaka, sengsara, hantu dan noda.

Dari segi Masa
¨ Senja – peralihan dari bahagia kepada sengsara.
¨ Malam – Derita, sengsara, kecewa, putus asa, dan kemusnahan
¨ Pagi – hidup baru

Dari segi Alam.
¨ Embun – Kemurnian dan harapan
¨ Api – perang, bahaya, marah, kejahatan dan cabaran
¨ Laut dan ombak – luas, cabaran
¨ Gagak-gagak hitam – kejahatan
¨ Bunga – wanita, gadis

Disonansi

Disonansi merupakan susunan bunyi yang tidak sama dalam sesuatu perkataan. Bunyi ini berselang-seli dan menghasilkan rentak yang tidak selaras.
¨ Bukit-bukau, bengkang-bengkok dan gunung- ganang dan sebagainya.


FRASA
(Bebarapa patah perkataan atau baris yang digunakan. )

Personifikasi

Satu unsur dalam kesusasteraan yang menggunakan kiasan untuk memberi sifat-sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan mahupun tindak-tanduk kepada objek-objek mati atau kepada binatang, idea atau benda-benda yang abstrak. Hakikatnya ia memanusiakan pekara-pekara yang bukan manusia atau menjadikan sesuatu yang bukan manusia bertindak sebagai manusia biasa. Objek-objek mati, binatang digambarkan berperibadi, mempunyai fikiran dan emosi seperti manusia biasa. ( Mesti ada kata kerja )

Dalam Sajak Pak Tua karya A. Rahim Hamid
¨ Angin laut mendayu sayu
¨ Di gigi air meniti buih

Dalam Sajak Ketika Menjelang Tua karya A.S Isma
¨ Usia memanjat tua
¨ Kaki dan sepatu tua mengheret kami

Contoh yang lain
¨ Pagi yang pekat ingin bercerita
¨ Panas meniti dari jendela

Paradoks

Pandangan atau pernyataan yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum tetapi benar.
¨ Mati dalam hidup
¨ Kanak-kanak ialah bapa kepada manusia.
¨ Benci tapi rindu.
" Engkau bakal melihat dengan memejamkan mata
" Kerana selama jaga kita mimpi


Ambiguiti

Mengandung banyak makna iaitu sesuatu yang memiliki lebih daripada satu pengertian.

Papatung
dalam rumah tua
masih bernyawa
adalah perhiasan
untuk tuntutan zaman.


Patung yang dimaksudkan diatas mungkin memberi maksud patung wayang kulit yang sudah lama atau orang tua yang sudah tidak bertenaga lagi untuk berfikir dan bergerak.


PERBANDINGAN
( Bahasa Kiasan )

Simile
Kiasan perbandingan yang dengan langsung menggunakan perkataan-perkataan seperti, bagai, sebagai, serupa, sama, laksana, macam, semacam, umpama, bak, ibarat dan sebagainya .
¨ Garang seperti singa
¨ Merdu bagai buluh perindu
¨ Engkau bagai dalam sangkar


Metafora

Kiasan perbandingan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan seperti, macam, laksana, umpama, dan sebagainya.
¨ Rimba buas ( Keadaan luas yang tidak menjanjikan ketentraman )
¨ Kota ganas ( Keadaan sebuah bandar yang penuh dengan kemodenan dan kehidupan)

Hiperbola

Kiasan yang mengungkapkan kata-kata secara berlebih-lebihan. Ianya bertujuan untuk menegaskan perasaan, pandangan dan pemikiran penyair terhadap sesuatu pekara sama ada ia menyukai atau tidak dengan harapan dapat memberikan gambaran tersebut .
¨ Semut melompat bergoncang bumi
¨ Agas menghirup kering lautan



PERULANGAN

Asonansi

Pengulangan bunyi huruf vokal dalam sesuatu baris sajak sebanyak dua kali atau lebih secara berturutan. Huruf dan bunyi vokal ini biasanya terdapat di tengah-tengah atau di hujung perkataan.

Pagi yang pekat ingin bercerita. ( vokal e)
tentang anak penuh bercinta ( vokal e )
kepada ibu bapa ( vokal a)
dan rumahnya ( vokal a)
Di dalam buku dan kertas serta tinta (vokal a)

Aliterasi

Pengulangan bunyi dan huruf dan huruf konsonan dalam satu baris sajak sebanyak dua kali atau lebih.

Dalam suara damai aku khusyuk dan tawaduk
(pengulangan konsonan d )

Kalau kali ini kau memberi salam
( pengulangan konsonan k)

Anafora

Pengulangan kata-kata pada setiap awal baris dalam satu-satu rangkaps sajak khususnya secara berikutan.
Dalam antologi sajak Cermin Diri sajak yang bertajuk ‘Dunia semakin sempit’ karya Julaihi Abdullah

Ke mana perginya kemanisan
Ke mana perginya kasih sayang
Ke mana perginya kemesraan


Epifora

Pengulangan perkataan di hujung baris dalam satu rangkap sajak secara berturutan sebanyak dua kali atau lebih.

Di depan Mu
Di rumah Mu
Engkau lah penyayang
Engkaulah Pemurah

( Pengulangan Mu )

Sumber : Kredit untuk  Sofian Ahmad

Kepada yang mencari, semoga perkongsian ini membantu.. :)

Wassalam..

Monday, May 23, 2011

Tips Atasi Rasa Marah

Bismillahirrahmanirrahim..

Abu Darda’ berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, berikan aku suatu petunjuk berupa amalan yang dapat memasukkan diriku ke dalam syurga!

Baginda SAW lalu bersabda: Janganlah engkau marah!

Ja’far bin Muhammad pula pernah berkata: Marah itu adalah kunci semua keburukan. Namun apabila seseorang itu kehilangan kekuatan amarah dan lenyap harga diri secara total atau sama sekali tidak pernah marah untuk membela kebenaran, maka golongan ini dianggap tidak mempunyai akal yang sihat.

Sebagaimana yang diungkapkan oleh Imam Syafie: “Barangsiapa yang tidak marah terhadap sesuatu perkara yang benar (dibenarkan oleh Islam) maka samalah dia seperti seekor keldai”.

Marah yang tercela dapat dilihat tandanya pada diri seseorang seperti wajah dan matanya yang merah, tangan dan badannya yang menggeletar menahan kemarahan, dahi yang berkerut dan sebagainya. Kesimpulannya, andaikata orang yang sedang marah melihat dirinya sendiri pasti akan malu kerana hodohnya rupa orang yang sedang marah.

Seorang yang pemarah akan melahirkan ciri-ciri seperti menggunakan lisannya mengungkap perkataan yang kotor, suka memaki atau mengungkapkan apa sahaja perkataan yang tidak dilafazkan oleh orang yang sihat akalnya.Malah apabila kemarahan memuncak boleh mengakibatkan pergaduhan atau yang lebih buruk melakukan pembunuhan.

Banyak faktor yang menyebabkan kemarahan antaranya ialah sifat ujub, terlalu suka bercanda, berdebat, khianat, cemburu atau bercita-cita tinggi memelihara harta, kekuasaan dan kedudukan.Sikap-sikap tersebut harus dihadapi dengan sikap yang menjadi lawannya. Kemudian diiringi pula dengan usaha melenyapkan unsur-unsur marah seterusnya memutuskan sebab-sebab yang menimbulkan kemarahan.


Bila amarah melanda melanda berusahalah mengatasinya dan cubalah dengan cara berikut:

Pertama : Renungilah ayat al-Quran dan Hadis tentang keutamaan menahan marah, memberi maaf, berlapang dada, dan keutamaan bersabar. Imam Bukhari meriwayatkan dari hadis Ibnu Abbas ra., salah seorang datang meminta izin untuk berjumpa dengan Umar al-Khattab ra dan Umar mengizinkannya. Orang itu berkata, “Ya Ibnul Khattab, demi Allah, anda hanya memberi sedikit kepada kami, anda tidak menghukum di antara kami secara adil...”

Kata-kata itu menimbulkan kemarahan Umar dan hampir-hampir sahaja beliau memukul orang itu. Tiba-tiba, al-Hurr bin Qais berkata, “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah SWT berfirman kepada Nabi-Nya, “Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf serta berpalinglah dari orang yang bodoh” (Al-Araf:199).

Setelah dibacakan ayat tersebut, serta merta hilanglah kemarahan Umar lalu beliau berkata: “Lepaskanlah orang itu”.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga pernah memerintahkan pegawainya agar memukul orang yang melakukan kesalahan namun apabila beliau teringat ayat di atas segera khalifah Umar bin Abdul Aziz membaca firman Allah yang bermaksud: “Orang-orang yang diampuni Allah dan masuk syurga di antaranya ialah orang-orang yang dapat menahan marahnya”. (Ali Imran: 134)

Rasulullah Saw bersabda, “Barangsiapa yang dapat menahan marah sedangkan ia mampu meredakannya, kelak dia akan dipanggil Allah di hadapan seluruh makhluk hingga dipersilakan untuk memilih mana-mana bidadari yang ia inginkan”. (HR Ar Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Kedua: Takutlah akan seksa Allah. Cubalah meredakan kemarahan dengan berkata, “Allah SWT sangat besar kekuasaan-Nya atas diriku. Lebih besar daripada kekuasaan aku kepada orang yang membuatku marah. Jika aku melepaskan kemarahanku kepdanya, aku tidak akan aman daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat. Padahal masa masa itu aku amat memerlukan keampunan-Nya”.

Ketiga: Menakut-nakutkan dirinya sendiri akibat permusuhan dan dendam. Sesungguhnya setiap manusia tidak akan terlepas daripada musibah atau bencana. Takutlah dengan musibah dunia apabila tidak takut dengan musibah akhirat. Hal ini dapat menghapuskan penguasaan syahwat yang menguasai marah.

Keempat: Bayangkanlah betapa hodohnya wajah dan bentuk seseorang apabila marah. Bayangkanlah juga bagaimana buruknya diri apabila berubah seperti binatang buas yang marah kerana kelaparan. Sikap ini jauh dari perilaku dan akhlak para Anbiya. Tanyalah pada diri sendiri adakah anda suka menyerupai binatang buas yang tidak berakhlak atau menghiasi diri dengan peribadi mulia?

Kelima: Renung dan fikirkan juga sikap balas dendam yang menimbulkan kemarahan. Adakah kita telah menimbangkan seadil-adilnya sebelum melepaskan kemarahan. Jangan biarkan kata-kata syaitan membisikkan ke dalam jiwa, “Orang ini telah menghinamu, mempermain-mainkan dan merendahkan darjatmu”. Sehingga jiwa manusia menjadi merasa kecil dan terhina di hadapan manusia. Ketika itu hendaklah seseorang berkata kepada jiwanya, “Engkau merasa rendah diri lantaran sikap orang itu sekarang, tetapi tidakkah engkau merasa rendah diri tentang penghinaan pada hari kiamat. Engkau amat berwaspada dengan perasaan hina di hadapan manusia tetapi tidak waspada dengan kehinaan di hadapan Allah, malaikat dan para nabi. Ingatlah bahawa bagaimanapun keadaan marahmu, pastilah Allah akan marah padamu”.


Di atas adalah sebahagian daripada panduan mengatasi marah yang berkaitan dengan hati. Bagi perkara yang berkaitan dengan amal perbuatan pula adalah seperti sebaik-baiknya orang itu diam apabila marah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila kamu marah, maka berdiamlah (jangan bergerak dan jangan bercakap)”. Seterusnya mohonlah perlindungan kepada Allah.

Begitu juga apabila marah melanda, segelah mengubah posisi kedudukan. Jika sedang berdiri, duduklah, dan bila sedang duduk, berbaringlah. Kita juga diperintahkan mengambil wudhuk ketika sedang marah. Hikmah berwudhuk ketika marah telah dinyatakan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il, “Kami sedang bersama Urwah bin Muhammad. Tiba-tiba seseorang berkata padanya yang menyebabkan ia hampir pitam. Namun, dia berdiri lalu mengambil wudhuk. Setelah datang lagi beliau berkata, “Ayah saya berkata, dari datukku, ‘Atiyyah, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya marah itu adalah daripada syaitan, yang diciptakan daripada api. Dan apabila salah seorang kamu marah maka berwudhuklah”. (HR Abu Daud, Ahmad dan al-Bhaghawi)

Duduk dan berbaringlah ketika marah pula merupakan sikap yang mengingatkan seseorang dengan tanah, asal dirinya. Dia akan merasa kehinaan hingga muncul sifat tawadhuk kerana sesungguhnya marah itu berasal daripada sombong. Diriwayatkan oleh Abu Sa’id dari Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang mendapat sedikit kemarahan, maka hendaklah dia meletakkan pipinya ke tanah”. (HR Tirmidzi, Ahmad, dan al-Baghawi)

Ini adalah sebahagian cara menghindari sikap marah dalam diri. Yakinlah pada pujian Allah terhadap orang-orang yang bersabar dan menahan marah. 

“Orang-orang yang bertaqwa dan mendapatkan syurga di antaranya ialah orang-orang yang dapat menahan amarahnya”. (Ali Imran:134)

Wassalam.

Sunday, May 22, 2011

Sebuah Langkah

Bismillahirrahmanirrahim...

Menyingkap diari perjalanan usia
Melewati langkah penuh pancaroba
Jasad terpalit lumpur noda
Hinanya aku Ya Allah..
Hingga malu menyelubungiku untuk bertemuMu..

Berikan aku peluang
Untuk membasuh jiwa yang keruh
Dikotori segala mazmumah
Dorongan nafsu yang dicakar durjana..

Ya Ghafur..
Permudahkan langkahku agar tak lagi tersasar
Moga sebelum jasadku kaku di penghujung usia
Sempat ku melangkah ke pintu taubat itu
Menagih keampunanMu..

-Qurratu 'Ain-

Wednesday, May 18, 2011

Hidup Kita Hanya Satu Jam?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..
Nisbah Hari Dunia : Hari Akhirat

Firman Allah,

و إن يوما عند ربك كألف سنة مما تعدّون

Dan sesungguhnya satu hari (mengikut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun mengikut perkiraanmu. (Surah al-Haj ayat 47)- Rujuk juga ayat 5 surah as-Sajdah.


Hidup kita di dunia ini tidak lama. Cuba kita hitung nisbah hari dunia dan akhirat,

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia mengikut perkiraan kita

Satu tahun di dunia biasa 365 hari. Cuba kita darabkan. 1000 x 365 = 365000 hari

Bermakna satu hari akhirat = 365000 hari dunia

Cuba kita andaikan, jika 1 hari akhirat juga ada 24 jam.

Bermakna, setiap jam akhirat adalah - 1000 tahun / 24 = 41.7 tahun dunia.

Umur umat akhir zaman adalah lebih kurang 60 ke 70 tahun sahaja, atau HANYA satu jam lebih mengikut perhitungan akhirat.

Hakikat Kehidupan Dunia


Firman Allah,

و ما الحياة الدنيا إلا لعب و لهو و للدار الأخرة خير للذين يتقون أفلا تعقلون

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah terlebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (Surah al-An'am ayat 32)

و ما الحياة الدنيا إلا متاع الغرور

Dan tiadalah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali Imran ayat 185 )

أرضيتم بالحيوة الدنيا من الأخرة فما متاع الحيوة الدنيا في الأخرة إلا قليل

Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (Surah at-Taubah ayat 38)



Terdapat banyak lagi ayat yang Allah jadikan ia sebagai peringatan kepada kita agar tidak terpedaya dengan muslihat dan tipudaya dunia.

Namun jangan pula kita menyangka bahawa untuk kejar akhirat, kita harus tinggalkan pekerjaan, tinggalkan bermuamalah, bergaul dengan sahabat handai dan sebagainya dan hanya duduk di tikar sejadah dan memegang tasbih sepanjang masa. Islam adalah agama yang sempurna, melengkapi keperluan ukhrawi dan duniawi. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, harus matang dalam membahagikan masa antara ibadah dan muamalah sesama manusia.

Persoalannya

Berapa banyakkah persediaan yang telah kita lakukan untuk ke sana?

Berapa banyakkah masa yang terbuang begitu sahaja tanpa diisi perkara atau amalan
yang bermanfaat?

Fikir-fikirkanlah!

Sumber : Daripada seorang sahabat. Terima kasih untuk perkongsian yang sangat bermakna ini. :)

Wassalam..

Untungkah Jadi Perempuan Cantik?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum wbt..

Satu hari Miss K telah berkata kepada Miss M..
“Eh M. untung kau ni kan. Cantik, cun, comel. Untunglah siapa dapat kau. Tak macam aku ni. Rupa tak ada. Bukan kata muka aku, bayang bayang aku pun orang tak sudi nak tengok.”

Miss M pula berkata..
“Kau ni K. ada ke cakap macam tu? Tak baik tau. Berdosa. Apa kau cakap?? Untung jadi CANTIK?? Apa yang untungnya?”
Perempuan CANTIK.

Fitnah terhadap dia sangat banyak. Dek kerana kecantikan dia. Selalu dipuji. Selalu dikeji. Ada yang menyanjung dia. Ada yang menghina dia. Tanpa sebab. tanpa alasan. Yang manis dia perlu simpan. Yang pahit harus dia telan. Hanya kerana dia cantik.

Perempuan CANTIK.

Apabila dia berkelakuan sedikit jelik. habis dikata orang. “Muka je cantik tapi perangai….”. Harus diingat, dia bukanlah sempurna. Dia juga ada kekurangan. Tidaklah perlu dia sembunyikan kekurangan yang dia ada. Hanya kerana dia cantik.

Perempuan CANTIK.

Jika satu hari dia ditinggalkan oleh cinta hati. Mengapa perlu dipersoalkan. Cantik tidak semestinya membawa bahagia. Kebahagiaan bukan diukur dari paras rupa. Bukan juga dari tubuh badan. Tapi dari jiwa yang tulus. Hati yang ikhlas. Malangnya ramai yang mempermainkan dia. Hanya kerana dia cantik.

Perempuan CANTIK.

Jikalau dia tidak dimiliki dan memiliki sesiapa, ada yang menuduh dia macam macam. Penggoda. Perampas. Sedangkan bukan dia yang mahukan semua itu. Bukan salah dia jika ada perkara terjadi. Bukan kehendak dia jika jadi begitu. Hanya kerana dia cantik.

Perempuan CANTIK.

Menjadi kesalahan jika dia memilih pasangan yang tidak cantik pada pandangan orang lain. Dikata tidak pandai memilih. Buta. Sepatutnya memilih si polan itu. Tapi orang lain tidak sedar. Bukan rupa paras yang dia mahukan. Dia mahu melengkapi dan dilengkapi. Dia tidak mahu dipermainkan oleh si polan. Mestikah lelaki kacak untuk dia? Hanya kerana dia cantik.
…………….

“So K. kau jangan cakap untung sangat jadi perempuan cantik ni. Tak ada siapa yang nak jadi cantik. Tak ada siapa yang tak nak jadi cantik. Kau patut bersyukur dengan apa yang kau ada.”
“Ala M. Aku tengok kau happy je ni. Best apa jadi cantik ni. Orang selalu mengorat. Jadi tarikan. Best kan?”
“Aku bersyukur rupa macam ni M. Tapi kalau aku lah, baik aku jadi biasa-biasa je. Tak ada lah orang kutuk aku. Banyak pahala aku dapat, hehehe”.


Tak salah jadi perempuan CANTIK.  Tak salah jadi perempuan TAK CANTIK.

Yang penting sedar diri. berpijak di bumi yang nyata. Apa saja yang kita miliki ini hanya pinjaman sahaja. Tak ada siapa yang sempurna. Dunia hanya sementara… Akhirat ? Bagaimanakah nasib kita?

Source : Copy & Paste from friend's note on Facebook :p

Wassalam…

"Lebih baik cantik di mata Allah daripada cantik di mata manusia..  Biarlah buruk di mata manusia, asalkan tak buruk di mata Allah SWT.."

“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras kamu dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu.” 
(Hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim.)

Rumput Dan Kasih Sayang

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum wbt..

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm… baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye… mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah… apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihNya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Wassalam..



Sumber : iluvislam.com

Lelaki Idaman Saya

Bismillahirrahmanirrahim..,

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman..

Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya..

Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya..

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga

Yang akan mendidik isteri dan anak anak mendalami Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia menjadi imam..

Yang hidup di bawah naungan Al Quran dan mencontohi sifat Rasulullah

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang menjaga matanya dari berbelanja

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa..

Matanya kepenatan kerana penat membaca

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangunnya subuh penuh kecergasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati..

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia..

Kerana dia mengimpikan Syurga

Di situlah rumah idamannya

Dan dia ingin membawa saya bersama..

Dialah..

Lelaki Idaman Saya…

:: walaupun saya sedar dan tahu, saya tak layak mendampingi lelaki idaman saya.. saya tak sempurna untuk mengharapkan yang terlalu sempurna seperti dia.. andai yang diidam tak kesampaian, saya tetap bersyukur, kerana saya tahu, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. (^^,)

Sebuah Perjalanan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum wbt.. 

Ada seorang hamba Allah pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi… “Aauuummmmm!!!” Bunyi harimau yang kelaparan dan sedang mencari mangsanya. Jadi, si hamba Allah pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau terus mengejar hamba Allah itu kerana terlalu lapar. Hamba Allah ketakutan lalu berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham harimau itu. 

Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ini terjun ke dalam perigi. Perigi tesebut mempunyai tali dan sebuah timba. Si hamba Allah bergayut pada tali itu. Tali itu pendek, jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yang lapar terus menunggu. Si hamba Allah memikirkan jalan untuk menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah dan berharap agar dia diselamatkan. 

Tiba-tiba dia terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Hamba Allah itu semakin ketakutan. Ada dua ekor buaya yang kelaparan. Sudah jatuh ditimpa tangga. Atas ada harimau bawah ada buaya. Dia semakin risau akan keselamatan dirinya.

Dengan tidak semena-mena, keluar seekor tikus putih dari celah-celah lubang perigi, naik ke atas mengikut tali tempat hamba Allah itu bergayut. Tikus putih itu menggigit-gigit tali tersebut, dan seterusnya keluar lagi seekor tikus yang berwarna hitam dan melakukan perkara yang sama, “Apa yang perlu aku buat? Kalau naik ke atas, aku akan dimakan harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah, pasti aku akan dibaham buaya. Macam mana ni…”, fikir hamba Allah itu. Bingung. 

Sedang hamba Allah tu berfikir bagaimana hendak menyelamatkan dirinya, terdengar satu bunyi., “Bzzzt.. Uuuuuuuuuuuuu…” Bunyi lebah membawa madu. Si hamba Allah mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang membawa madu. Tanpa diduga, setitik madu terjatuh dan masuk ke dalam mulut si hamba Allah. Dia merasa nikmat tidak terkata dan berkata, “Sungguh manis madu ini , tak pernah aku rasa manis yang seperti ini. Sedapnya. Subhanallah, sungguh sedap.”

Kerana setitik madu, si hamba Allah terlupa pada harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menunggunya di bawah.

Simboliknya :
 
· Hamba Allah itu adalah kita semua.
· Harimau yang mengejar adalah maut.
· 2 ekor buaya adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti.
· Tali tempat bergayut adalah jangka hayat umur kita.
· Tikus Putih dan Hitam yang menggigit tali adalah dunia kita, siang dan malam yang sentiasa menghakis umur kita.
· Madu adalah nikmat dunia. Bayangkan nikmat setitik madu yang jatuh ke dalam mulutnya,melupakan dia pada harimau dan buaya itu.

~Manusia.. bila dapat nikmat sikit, selalu lupa pada Allah. Waktu susah baru nak ingat Allah. Renung2kan dan bertaubatlah.. Astaghfirullahal’azim…~ 

Wassalam..
 

5 Syarat Untuk Buat Maksiat

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum wbt..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” 

Mendengar itu dia mengangkat kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!” 

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?” “Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” 

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?” “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

“Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah..” katanya sambil teresak-esak



:: Pesanan buat diri dan pembaca.. Insaflah sebelum terlambat.. ::

Wassalam..

Teka-teki Imam Ghazali

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum wbt..




Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

(Teka-Teki) :

Imam Ghazali =  Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 = Teman
Murid 4 = Kaum kerabat

Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali =  Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? 

Murid 1 = Negeri China
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang-bintang

Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali = Apa yang paling besar di dunia ini ?

Murid 1 = Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi

Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali = Apa yang paling berat di dunia? 

Murid 1 = Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah

Imam Ghazali = Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Ahzab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini? 

Murid 1 = Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. 
(Maksudnya ramai orang yang tidak beriman meringankan solat gara-gara sibuk dengan hal dunia sedangkan solat sepatutnya tidak boleh ditinggalkan)

Imam Ghazali = Apa yang paling tajam di dunia ini?

Murid- murid dengan serentak menjawab = Pedang!

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..


~Bukan sekadar teka-teki~

Wassalam..

Gelak dan Tawa..

Assalamu’alaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim…

Dalam satu hadith, Rasulullah SAW bersabda : "Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati."

Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut x dpt digambarkan dlm sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yg belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama bahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yg berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup utk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yg akan ditempuh.

“Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”.

Demikian ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Kita sedia maklum, kubur adalah rumah yg bakal kita duduki dalam tempoh yg panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dgn sikap kita yg suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.

Nabi SAW pernah bersabda:
“Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yg banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”

Saidina Ali sentiasa mengeluh ”….jauhnya perjalanan… sedikitnya bekalan….”. Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Tetapi kita tidak pula dilarang bergembira atau menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dgn ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."



~ Sama-samalah kita renung-renungkan diri kita. Kadang-kadang ada perbuatan yg dilakukan melampaui batasan Islam tanpa kita sedari. ~

Wassalam..

Bertemu di Syurga

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt..
 
Al-Mubarrid menyebutkan dari Abu Kamil dari Ishaq bin Ibrahim dari Raja’ bin Amr An-Nakha’i berkata, “Ada seorang pemuda tampan di Kufah. Dia taat beribadah dan sangat rajin. Suatu saat dia telah berkunjung di Bani An-Nakha’. Dia melihat seorang wanita cantik dari kaum itu sehingga dia jatuh cinta.”

Kerana sudah jatuh cinta, pemuda itu mengutuskan seseorang untuk melamarnya. Tetapi, ayah perempuan itu mengkhabarkan bahawa puterinya telah dijodohkan dengan sepupunya. Walau demikian, cinta antara keduanya tidak pernah padam, bahkan semakin menguntum.

Wanita itu akhirnya mengirim pesan untuk si pemuda melalui seseorang yang bunyinya, ‘Aku tahu betapa besar cintamu kepadaku, dan betapa besar pula aku diuji dengan kamu. Jika kamu setuju, aku akan mengunjungimu, atau aku akan mempermudahkan jalan bagi kamu untuk datang menemuiku di rumahku’.

Pemuda itu menjawab melalui orang suruhannya, ‘Aku tidak setuju dengan dua alternatif itu. “Sesungguhnya aku merasa takut bila aku berbuat maksiat kepada Rabku akan azab yang akan menimpaku pada hari yang besar.” (Yunus: 15). Aku takut pada api yang tidak pernah kecil nyalanya dan tidak pernah padam kobarannya’.

Ketika disampaikan pesan tadi kepada si wanita, dia berkata, ‘Ternyata dia masih takut kepada Allah. Demi Allah, tidak ada sesuatu pun yang lebih berhak untuk ditakuti selain Allah.’ Kemudian, dia meninggalkan urusan dunia dan perbuatan-perbuatan buruknya. Dia mulai mendekatkan diri kepada Allah. Akan tetapi, dia masih menyimpan perasaan cinta dan rindu kepada si pemuda. Tubuhnya mulai kurus dan kurus menahan perasaan rindunya, sampai akhirnya dia meninggal dunia kerananya. Dan pemuda itu sering kali menziarahi ke kuburannya, dia menangis dan mendoakannya.

Suatu ketika si pemuda tertidur di atas kuburan si wanita. Dia bermimpi berjumpa dengan kekasihnya dengan penampilan yang sangat baik. Dalam mimpi itu dia sempat bertanya, ‘Bagaimana keadaanmu? Dan apa yang kamu dapatkan setelah meninggal?’ 

Dia menjawab, ‘Sebaik-baik cinta–wahai orang yang bertanya–adalah cintamu. Cinta yang dapat membawaku menuju kebaikan.’

‘Jika demikian, ke manakah kau menuju?’ tanya pemuda itu.

Dia menjawab, ‘Aku sekarang menuju pada kenikmatan dan kehidupan yang tidak berakhir. Di syurga yang kekal yang dapat ku miliki dan tidak akan pernah rosak.’

Pemuda itu berkata, ‘Aku harap kau selalu ingat kepadaku di sana, sebab aku di sini juga tidak melupakanmu.’

Wanita itu menjawab, ‘Demi Allah, aku juga tidak melupakanmu. Dan aku meminta kepada Tuhanku dan Tuhanmu (Allah SWT) agar nanti kita akan diketemukan. Maka, bantulah aku dalam hal ini dengan kesungguhanmu dalam ibadah.’

Pemuda itu bertanya, ‘Bilakah aku boleh melihatmu?’

Si wanita menjawab, ‘Tak lama lagi kau akan datang melihatku’.

Tujuh hari setelah mimpi itu berlalu, si pemuda meninggal dunia, dipanggil oleh Allah menuju ke hadirat-Nya

Renung2kan..

Wassalam..

Sumber: Kisah-Kisah Nyata Tentang Nabi, Rasul, Sahabat, Tabi’in, Orang-Orang Dulu dan Sekarang, Syeikh Ibrahim bin Abdullah

Monday, May 2, 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum..

Jom baca dialog 2 org sahabat ni..

A : "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

B : "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

A : "Baitullah tu apa?"

B : "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

A : "Allah ada dalam tu?"

B : "Tak.."

A : "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

B : "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

A : "Kamu sembah apa?"

B : "Saya sembah Allah swt"

A : "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

B : "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

A : "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

 

B : "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

A : "Pernah.. selalu.."

B : "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

A : "Tengok perlawanan bola la.."

B : "Di mana?"

A : "Dalam tv la.."

B : "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

A : "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

B : "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

A : "So..?"

B : "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

A : "Tak.. saya tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."

B : "Peliknya.."

A : "Sebab apa pulak pelik?"

B : "Ye la, awak cakap tengok perlawanan bola, sedangkan saya tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

A : "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

B : "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

A :"Ya.. tak pelik.."

B : "Jadi tak pelik jugalah saya sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walaupun dalam Kaabah tak ada Allah.."

A : "Err.. kamu betul.."

Renung2kan.. (^_^)

Sumber : Note sahabat kat facebook.. copy & paste. Hehe..

"Allah SWT sentiasa ada di mana-mana, dan Dia sentiasa bersama kita.."

Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...