Saturday, January 18, 2014

Kisah Si Gemuk

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah.. hari ini hari ke-18 bagi tahun 2014. Masih lagi dipinjamkan nikmat kesihatan oleh Allah, membolehkan saya menaip lagi di laman ini. Hari ini, saya terfikir satu topik ringkas untuk dikongsikan, iaitu GEMUK.

Gemuk.. majoriti manusia tidak mahu dirinya gemuk. Bila gemuk.. kita dipandang seperti 'berdosa' di mata manusia yang suka menghina, dipandang rendah, tidak menawan, tidak sihat dan nampak lebih tua daripada usia sebenar. Persoalannya di sini.. adakah 'si gemuk' mahu dirinya menjadi gemuk? Adakah 'si gemuk' tidak ada perasaan bila disindir tentang bentuk badannya? Gendut, labu air, badak sumbu, gajah, boyot.. adalah antara gelaran yang diberikan kepada orang yang berada dalam golongan ini.

Saya juga tidak terkecuali daripada menghadapi situasi yang sama. Meh nak kongsi cerita. ( Oh, ini bukan entri untuk menjual sebarang produk kurus.. Hehe ) Ketika saya masih merupakan seorang penuntut di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia, dengan berat 4+ kg, saya sudah dipandang sebagai seorang yang gemuk. Pelik tapi benar. Saya juga tidak tahu apa yang tidak kena. Mungkin kerana rangka tulang yang agak besar, atau mungkin kerana mata mereka ada masalah. ( Oopss.. :p )

Ketika saya lapar, saya dikata kuat makan. Adakah mereka tak tahu bahawa makan itu penting untuk hidup? Orang gemuk tidak layak makan kah?

Ketika saya sejuk, mereka mengejek.. "Hai.. lemak2 kat badan tu tak cukup ke untuk buat ko rasa panas?" Memang panas.. panas dalam hati kerana dikutuk sedemikian rupa.

Ketika saya berjogging untuk kesihatan, mereka berkata, "Tu jogging2 tu nak kurus la tu. Hahaha (dengan gelak ketawa yang sangat mengguris jiwa).

Ketika saya menggunakan gambar kartun muslimah yang comel sebagai profile picture di laman sosial, mereka kata.. "Huhu.. kamu tidak secomel itu."

Banyak lagi. Saya dah lupa. Saya sabar.. dan terus bersabar..

Yang peliknya, bila cuti sem, balik kampung.. orang kata, "Wah, slimnya?" ( Uhuk2, malu den.)

3 tahun kemudian..

Ketika itu, saya sudah pun berada di alam pekerjaan. Usia sudah bertambah. Berat juga sudah menginjak ke angka 5+ kg. (Alamakkk... )

Dan sindiran2 itu semakin hebat, semakin banyak memakan diri.

Saya pernah ditanya, "Ko ni makan besi ke?"
Pernah juga diperli ketika gotong royong, "Badan besar2 macam ni angkat barang kecik je ke?"
Juga pernah diejek ketika sedang makan, "Badan ko dah macam ni (sambil menunjukkan gaya mengembangkan badan dan mengembungkan pipi) pun nak makan lagi?
Dan.. macam2 lagi..

Kadang2 saya sedih..
Kadang2 saya senyum bila mengenangkan semua tu. (Bukan kadang2, sebenarnya jarang2 nak senyum pasal ni. huhu )
Lumrah manusia, selalu melihat ketidaksempurnaan orang lain. Selalu ada yang tak kena di mata. Selalu ada yang tak senang di hati.

Saya penat. Dah malas nak kisah semua tu lagi. Cakap dalam hati :
"Pakai baju longgar2, pakai tudung besar2.. Nampak gemuk? Its ok.. gemuk pahala. InshaAllah."


Tak kisah apa orang nak kata. Biar kelihatan besar di mata manusia. Moga besar juga pahala di sisi yang Maha Esa. Tak apa.. kutuk lah selagi  terdaya, kerana saya tahu segala pujian itu hanya untuk ALLAH.

Bukan mengeluh, sekadar berkongsi cerita hati.

Kepada yang pernah mengalami situasi yang sama seperti saya, bersabarlah. Bila dikutuk, jangan biarkan diri menurut kata hati, tekanan emosi sampai sanggup buat apa yang tak patut sehingga menyeksa diri sendiri. Juga, jangan sesekali cuba memakai pakaian yang ketat dan sendat untuk membuatkan kamu kelihatan kecil. Jangan sesekali berpakaian seksi untuk menarik perhatian mereka. Kamu hanya membuatkan diri menjadi bahan ketawa dan mencalonkan diri sebagai isi neraka. (Maaf agak kasar) Jangan ghairah untuk kelihatan cantik di mata manusia, tetapi cuba untuk cantikkan diri di mata ALLAH yang Maha Mencipta.

Ingat, Allah tak memandang rupa atau pakaian kamu.. tetapi ALLAH pandang amalan kamu. Wallahu a'lam.. Kalau nak kurus, jagalah makan. Heee...

Ok la, rasanya sampai sini sahaja kot sebagai entri pembuka tirai di tahun 2014 ini. Baik berhenti, sebelum geram datang lagi. Hihihi. Moga bertemu lagi di entri yang lain. InshaAllah. Syukran for reading! :)

Wassalam.

Mood : Bercampur baur. Huhuhu.. (^_^) (T_T) (O.o) (^^,)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...