Friday, December 26, 2014

2014 Yang Bakal Ditinggalkan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sama ada sedar atau tidak, kita sudah semakin hampir ke penghujung 2014. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru 2015.

Dan.. sama ada kita sedar atau tidak, betapa banyak ujian yang ALLAH kirimkan buat kita dan buat Malaysia pada tahun ini. Isu pesawat hilang dan terhempas, serta bencana alam seperti kemarau dan baru-baru ini banjir besar, adalah antara perkara yang berlaku pada tahun 2014 di negara kita. Puting beliung juga sudah mula 'singgah' di bumi Malaysia pada tahun ini. Tidak perlu saya huraikan satu persatu kerana pasti semua sudah tahu. Saya sekadar ingin bertanya.. Sedarkah kita?

Apapun, usah sesekali melatah atau mengeluh bila ditimpakan ujian. Bukankah ujian itu tarbiyyah daripada ALLAH sebagai tanda kasih dan sayangNya kepada kita. ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Ambillah hikmah daripada setiap kejadian yang berlaku.


Bila diberikan ujian, di sinilah kita mengenal siapa diri kita yang sebenar. Orang yang kuat imannya, yang memahami siapa dirinya yang sebenar, walau seberat mana ujian yang datang, dia tetap akan tenang. Hatta maut sekalipun, dia terus akan tenang. Ini kerana dalam dirinya telah terbangun jiwa yang hebat. Rasa cinta yang begitu hebat untuk bertemu ALLAH. Segala ujian yang kita terima adalah sebuah persiapan untuk menguatkan jiwa kita menuju kepada cinta ALLAH. Indah bukan?

2014.. mungkin jadi tahun yang agak banyak mencoret kisah duka dalam hidup kita. Namun, jangan sedih.. itu bukan alasan untuk tidak meneruskan hidup seperti biasa. Dan dalam hidup yang biasa itu, jadikan iman kita 'luar biasa'. Jadikan ujian yang dilalui sebagai satu asbab untuk kita menjadi lebih tabah dan dekat di sisi ALLAH. Mungkin di sebalik apa yang berlaku, ada 'teguran' daripada ALLAH untuk kita. Mungkin ALLAH rindu dengan rintihan kita kepadaNya, maka diturunkan ujian agar kita selalu berdoa dan bermunajat memohon pertolonganNya, agar kita tidak terus jauh dariNya..

Tidak ALLAH jadikan sesuatu itu sia-sia. Bak kata Pencetus Ummah Johani, "Di sebalik sesuatu, ada sesuatu. Redha.. sangka baik." Ya.. Tentu ada hikmah di sebaliknya. Janji ALLAH itu pasti.

2015.. akan muncul jua. Jadikan 2015 sebagai permulaan untuk hidup yang lebih indah sebagai hamba ALLAH. Tinggalkan segala kemungkaran dan maksiat. Perbanyakkan amalan kebaikan. Teruskan mujahadah melawan nafsu. Teruskan usaha untuk mendekatkan diri kepada ALLAH yang Maha Satu. Moga di situ akan terbit rasa betapa indahnya hidup sebagai seorang hamba. InshaALLAH.


Sekian. Sekadar coretan hamba ALLAH yang hina di penghujung tahun 2014.

Wallahu a'lam.
Wassalam.

Friday, November 21, 2014

Kesibukan Dunia

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Semakin hari, terasa semakin singkat putaran waktu. November seakan baru menjenguk, namun hari ini sudah semakin hampir ke penghujungnya. Mengapa agaknya? Adakah kerana kesibukan menjalankan tanggungjawab harian membuatkan kita rasa begitu? Atau mungkinkah kita asyik membazir masa dengan perkara lagha, atau lebih teruk lagi terbuai dengan keasyikan indah duniawi sehingga mengetepikan ukhrawi?
Astaghfirullahal'aziim..
Imam al-Ghazali membahagikan keadaan manusia kepada 3 kategori:

1. Orang yang tenggelam dalam urusan keduniaan
2. Orang yang bertaubat dan mula bertaubat
3. Orang yang mengenal diri sendiri dan merasakan hayatnya akan berakhir

Golongan yang pertama ini tidak mengingati kematian. Jika diingati sekalipun, mereka hanya merasa sedih kerana mengenangkan diri yang akan meninggalkan harta kekayaan yang dimiliki, dan amat benci dengan kematian. 

Golongan yang kedua mereka sentiasa berada dalam keadaan cemas, takut dan bimbang akan kematian. Mereka akan menyempurnakan taubat dengan sebaik mungkin. 

Manakala golongan yang ketiga sentiasa mengingati mati setiap masa. mereka menunggu-nunggu saat kematian untuk bertemu dengan Allah seperti orang yang bercinta untuk bertemu dengan kekasihnya.
Jadi.. golongan yang manakah kita?

Saudara seagama yang dimuliakan.. jangan sesekali menjadikan kesibukan dunia sebagai alasan untuk meninggalkan tanggungjawab sebagai serorang hamba Allah SWT. Allah mengurniakan kita 24 jam sehari untuk kita gunakan dan bahagikan sebaiknya.

Kenapa Allah SWT bagi kita 24jam sehari? Supaya kita boleh bahagikan kepada :
  • 8 jam untuk bekerja/cari rezeki
  • 8 jam untuk beribadah/beriadah
  • 8 jam untuk tidur/berehat
Manusia yang bijak sepatutnya dapat memanfaatkan 24 jam sehari untuk 3 tujuan yang tersebut di atas. Namun sebenarnya, setiap perbuatan, pekerjaan atau pergerakan yang kita lakukan dengan niat kerana Allah SWT inshaAllah semuanya dikira sebagai ibadah. Bukankah Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang? Indahnya hidup sebagai hamba Allah jika kita benar-benar memaknai rasa kehambaan itu dalam erti kata yang sebenarnya bukan?


Sebenarnya, saya hanya memanfaatkan sedikit waktu rehat ( lunch hour ) untuk menulis entri kali ini. Jadi, rasanya cukup sampai di sini dahulu. InshaAllah, moga Allah izinkan kita untuk bertemu lagi dalam entri yang akan datang. Salam sayyidul ayyam, dan selamat beribadah..

Wallahu a'lam.
Wassalam..

Thursday, October 16, 2014

10 Muwasafat Tarbiyyah

Bismilllahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Mungkin masih ada antara kita yang tertanya-tanya.. Apakah maksud muwasafat tarbiyyah? Jadi, hari ini ingin saya kongsikan sedikit sebanyak penerangan tentang apakah muwasafat tarbiyyah yang sebenarnya..

Muwasafat berasal daripada perkataan akar (wa-sho-fa) yang membawa maksud ciri-ciri atau watak atau rupa diri. Manakala muwasafat adalah pelaku kepada perkataan (wa-sho-fa) atau disebut sebagai (fai’l) yang bermaksud penyerlahan watak secara khusus.
Menurut Dr Ali Abdul Halim Mahmud dalam buku yang berjudul terjemahan ‘peringkat-peringkat tarbiyah ikhwanul muslimin’ mendefinasikan tarbiyah ialah cara ideal berinteraksi dengan manusia untuk mengubah mereka dari satu keadaan kepada keadaa yang lebih baik.

Jadi, dapat kita simpulkam bahawa MUWASAFAT TARBIYYAH  merupakan kriteria yang perlu ditanamkan dalam diri untuk menjana keperibadian Muslim yang syumul.

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa berada di 'hadapan' manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan 10 ciri-ciri ini untuk kita semua, agar mampu mengurus diri dan meningkatkan mutu kerja dalam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. Jika kita berjaya menerapkan 10 Muwasafat Tarbiyyah ini dalam gaya hidup kita, sudah pasti...penerapan gaya hidup islam itu mampu kita laksanakan selari dengan Al-Quran dan Sunnah baginda Rasulullah s.a.w

1. Aqidah yang sejahtera (salimul 'aqidah)

- Dengan akidah yang sejahtera, seorang muslim mempunyai ikatan iman yang kuat kepada
Allah S.W.T. - Redha Allah sebagai tuhan, islam sebagai agama dan Muhammad S.A.W. sebagai nabi
- Sentiasa taqarrub ilallah (mendekatkan diri kpd Allah) dan mengingati akhirat
- Menjaga hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhah.

Bagaimana ? 
1.sentiasa menjauhi amalan syirik
2.Ikhlas beramal kerana Allah
3.Beriman dengan Rukun Iman dan perkara ghaib
4.Sentiasa bersyukur

Firman ALLAH S.W.T : 
"Katakanlah (Muhammad) sesungguhnya solatku, ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah , Tuhan sekalian alam”
 (Al-An’am:162)


2. Ibadah yang sohih ( sohihul 'ibadah)

- Sentiasa belajar untuk membetulkan ibadah
- Sentiasa belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram
- Tidak melampau atau berkurang(bersederhana)
- Beribadat dengan khusyuk
- Elakkan amalan bid’ah dan khurafat
- Sentiasa berdoa, wirid, membaca al-quran dan berzikir

Bagaimana ? 
1.Menghargai solat berjamaah di masjid
2.Qiamullail seminggu sekali
3.Menunaikan zakat dan berpuasa wajib
4.Berpuasa sunat setiap bulan
5.Sentiasa membaca Al-Quran dan menjaga adab tilawah
6.Menghafaz 1 juzu’ Al-Quran

Sabda Rasulullah S.A.W :
“Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku mengerjakan solat”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


3. Akhlak yang mantap ( matinul khuluq )

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menjelaskan betapa indahnya akhlak nabi kita baginda Rasulullah S.A.W.

Bagaimana ? 
 1.Tidak takabbur
2.Tidak menipu, mencaci, mengumpat dan mengejek
3.Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
4.Memilih kawan yang baik
5.Menghormati orang yang lebih tua
6.Menunaikan janji dan menjaga rahsia
7.Menutup keaiban orang lain
8.Sensitif terhadap dosa

Firman ALLAH S.W.T :
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung” 
(Al-Qalam :4)


4. Mampu berusaha (qadiran 'ala kasbi)


- Yakin usaha sendiri akan berhasil
- Tidak mengharapkan pertolongan orang lain selagi boleh diusahakan
- Melakukan kerja dengan penuh tekun
- Berjimat cermat
- Menjauhi daripada daripada segala kemewahan, riak, dan takbur.

Bagaimana ? 
1.Menjauhi kerja haram
2.Menjauhi penipuan
3.Menunaikan zakat
4.Membuat simpanan walau sedikit
5.Tidak menangguhkan tugasan
6.Memelihara milik awam dan peribadi

Imam Hassan Al-Banna menegaskan :
“Wajib ke atas akh muslim kekal dengan pekerjaan yang diusahakannya sekalipun ia telah kaya… jangan mengejar jawatan, tapi tidak menolak sekiranya diberi peluang, hendaklah menghindarinya apabila bertembung dengan tugasan dakwah.”


5. Berpengetahuan luas (mutsaqqafal fikri)

- Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu
- Berpengetahuan luas tentang ilmu agama
- Haruslah berpandukan Al-Quran dan hadis
- Peka terhadap isu-isu semasa
- Memahami ideologi kafir laknatullah serta serangan-serangan orang kafir untuk meracuni pemikiran umat Islam

Bagaimana ?
1.Mampu membaca dan menulis dgn baik
2.Membaca tafsir 1 juzu’ dari Al-Quran
3.Menjaga hukum-hukum tilawah
4.Menghafaz ½ dari Hadith 40
5.Menghafaz 20 hadith dari Riyadhus Salihin
6.Mengenali 10 orang yg dijanjikan syurga
7.Mengetahui hukum2 taharah/ puasa/ solat.
8.Memahirkan diri dengan teknologi baru.


Berkata Ustaz Fathi Yakan : 
“Hendaklah bermula fardun muslim itu dengan memahami Islam dengan kefahaman yang sebenarnya dan jelas tentang usulnya, sumber yang pertama iaitu dari al-Quran  dan as-Sunnah dan juga sirah nabawi. Ini adalah untuk memiliki tasawwur yang jelas mengenai agama ini…tentang hukum hakamnya, syariat-syariatnya, hadaf (tujuan) dan ghayahnya(matlamat) pada diri, masyarakat dan daulah.


6. Kuat tubuh badan (qawiyyul jism)

- Akal yang sihat terletak pada badan yang sihat

Bagaimana ? 
1.Bersih tubuh badan
2.Bersih pakaian, tempat tinggal
3.Makan dan minum mengikut sunnah
4.Iltizam dengan senaman 2 jam seminggu
5.Bangun sebelum subuh
6.Mematuhi kaedah membaca dgn betul
7.Tinggalkan merokok
8.Menjauhi tempat2 kotor dan berpenyakit

Sabda Rasulullah S.A.W :
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”

7. Bersungguh-sungguh melawan nafsu (mujahadah 'ala nafs)


- Perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan hawa nafsu dan mengikut kehendak Islam
- Bersungguh mempraktikkan Islam dalam kehidupan tanpa menghiraukan apa orang kata.
- Kuat dalam mengharungi ujian dan cabaran dalam melakukan amar ma'ruf nahi munkar.

Bagaimana ? 
1.Menjauhi tempat-tempat lalai
2.Meninggalkan tempat-tempat maksiat
3.Bergaul dengan orang yang baik
4.Melatih diri bersabar menghadapi kesukaran
5.Menjauhi perkara-perkara haram


8. Menjaga waktu (haarithun 'ala waktihi)

- Waktu ibarat emas. Waktu yang berlalu tidak akan berulang semula.
- Manfaatkan sebaik-baiknya waktu yang ada dengan perkara yang baik untuk agama dan umat Islam.

Bagaimana ? 
 1.Bangun awal
2.Menggunakan masa tertentu untuk belajar
3.Melakukan sesuatu tepat pada waktunya (tepati waktu)

Al-Imam Hassan Al-Banna berkata : 
“Sesungguhnya kehidupan manusia sejak dari lahir lagi sehingga wafatnya di dunia ini tidak lain melainkan masa yang telah berlalu yang  tidak dapat dikembalikan semula. Oleh itu ‘masa’ itu amat berharga lebih mahal daripada emas.”


9. Tersusun dalam urusannya (munazzam fi syu'unihi)

- Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
- Gunakan segala masa dan tenaga dengan rapi untuk manfaat Islam dan dakwah.

Bagaimana ?
1.Berpenampilan elok
2.Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yg menentang Islam


10. Berguna untuk orang lain (naafi'un lighoirihi)

- Daie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
- Daie adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
- Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
- Daie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Bagaimana ?

1.Menunaikan hak orang lain
2.Suka membantu orang
3.Pemurah
4.Berkomunikasi baik dengan orang
5.Menjadi pemangkin kepada orang lain untuk melakukan kebaikan
6.Berkahwin dengan pasangan yang sekufu.


Alhamdulillah.. Sekian sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Wallahu a'lam bissawab. Semoga bermanfaat. ^_^

Ma'as salamah wa ilalliqo'.
Wassalam...

Wednesday, September 24, 2014

Kelebihan Asmaul Husna


Bismillahirrahmanirrahim,,

Seperti yang dijanjikan, kali ini saya kongsikan fadhilat atau kelebihan zikir Asmaul Husna. Entri kali ni pun 'pinjam' juga. Kredit kita kasi kat page ni. Hehehe..

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia ke dalam syurga" 
(Riwayat Bukhari)
 

1."Ya Allah" - apabila dizikirkan sebanyak 500x setiap malam, terutamanya selepas solat Tahajjud @ solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2."Ya Rahman" ( Maha Pemurah ) - apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,maka hati kita akan menjadi terang,tenang & sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah.

3."Ya Rahim" ( Maha Penyayang ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari,Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4."Ya Malik" ( Maha Merajai / Pemerintah ) - apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredai Allah.

5."Ya Quddus" ( Maha Suci ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit-penyakit hati seperti sombong,iri hati,dengki dll.

6."Ya Salam" ( Maha Penyelamat ) - apabila dizikirkan sebanyak 136x,InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar,sihat & sejahtera.

7."Ya Mukmin" ( Maha Pengaman ) - apabila dizikirkan sebanyak 236x,insyaAllah diri kita,keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8."Ya Muhamin" ( Maha Pelindung / Penjaga ) - apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak,InsyaAllah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9."Ya Aziz" ( Maha Mulia / Perkasa ) - apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh,InsyaAllah kita akan menjadi orang yang mulia,disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar" ( Maha Pemaksa ) - apabila dizikirkan setiap pagi & petang,setiap musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11."Ya Mutakabbir" ( Maha Besar ) - apabila dizikirkan sebanyak 662x,maka dengan kebijaksanaan bertindak,kita akan dapat menundukkan semua musuh,bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

12."Ya Khaliq" ( Maha Pencipta ) - dibaca mengikut kemampuan @ sebanyak 731x,InsyaAllah yang ingin otak cerdas,cepat menerima sesuatu pelajaran,amalan ini akan memberikan otak kita cerdas & cepat faham.

13."Ya Baari" ( Maha Perancang ) - sekiranya kita berada dalam kesusahan & sedang sakit,dibaca sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut,Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir" ( Maha Menjadikan Rupa Bentuk ) - sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak,maka cubalah ikhtiar dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu.Sewaktu hendak berbuka,ambillah segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x,kemudian minum air tersebut untuk berbuka.Bagi sang suami,hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya berpuasa selama 3 hari.Kemudian sewaktu hendak berjimak,bacalah zikir ini sebanyk 10x,InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar" ( Maha Pengampun ) - sambil beri'tikaf dalam masjid.bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar" ( Maha Menundukkan ) - dizikirkan mengikut kemampuan @ sebanyak 306x,maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah, orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17."Ya Wahhaab" ( Maha Pemberi ) - dizikirkan sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu berada dalam kesempitan,InsyaAllah segala kesempitan @ kesulitan dalam apa soal pun akan hilang.

18."Ya Razzaq" ( Maha Pemberi Rezeki ) - dizikirkan mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19."Ya Fattah" ( Maha Pembuka ) - dizikirkan sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh,InsyaAllah hati kita aka dibuka oleh Allah,sehingga mudah menerima nasihat agama.

20."Ya Aalim" ( Maha Mengetahui ) - dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, InsyaAllah aka mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21."Ya Qaabidhu" ( Maha Penyempit Hidup )- Dizikirkan 100x setiap hari,maka diri akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22."Ya Baasithu" ( Maha Pelapang Hidup ) - Bagi mereka yang berniaga @ mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini,InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23."Ya Khaa'fidh" ( Maha Penghina ) - dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan bersuci, khusyuk & tawadu',InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.Juga apabila mempunyai musuh,musuh itu akan jatuh martabatnya.

24."Ya Raafi" ( Maha Tinggi ) - dizikirkan setiap hari baik siang @ malam sebanyak 70x, InsayAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai @ di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25."Ya Mu'izz" ( Maha Pemberi Kemulian / Kemenangan ) - dizikirkan sebanyak 140x setiap hari,InsyaAllah akan memperoleh kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan @ perniagaan.

26."Ya Muzill" ( Maha Merendahkan ) - Perbanyakkanlah ziir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya,InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27."Ya Samii" ( Maha Mendengar )- Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari mengikut kemempuan, lebih2 lagi sesudah solah Dhuha,InsyaAllah doa akan mustajab.

28."Ya Bashiir" ( Maha Melihat ) - dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat,InsyaAllah akan menjadiakn kita terang hati, cerdas otak & selalu diberiakan taufik & hidayah dari Allah.

29."Ya Hakam" ( Maha Menghukum ) - dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan bersuci,InsyaAllah akan membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu2 agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu2 agama.

30."Ya Adllu" ( Maha Adil ) - dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31."Ya Lathiif" ( Maha Halusi ) - dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32."Ya Khabiir" ( Maha Waspada ) - dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari,terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman @ anak yang telah terpisah sekian lama.

33."Ya Haliim" ( Maha Penyantun ) - dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat @ apa saja, InsayAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar @ diungkit-ungkitkan @ tergugat.

34."Ya 'Aziim" ( Maha Agong ) - dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh.Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiup pada tangan lalu diusap2 pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, sayitan & sebagainya.

35."Ya Ghafuur" ( Maha Pengampun ) - bagi orang yang bertaubat,hendakalah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa2 & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36."Ya Syakuur" ( Maha Pengampun ) - dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat,sebagai ucapan terima kasih kepada Allah,InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.Lakukan setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37."Ya 'Aliy" ( Maha Tinggi MartabatNya ) - untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal,tulislah zikir ini senbanyak 110x ( dalam bahasa ARAB bukannya bhasa MALAYSIA!!! ) lalu direndamkan pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya,InsyaAllah lama kelamaan otak anak akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi.InsyaAllah mujarab.

38."Ya Kabiir" ( Maha Besar )- Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas @ dilucutkan gara2 sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut2 dalam keadaan bersuci sebagai pengaduan kepada Alah.Lakukan sesudah solat tahajjud @ hajat.

39."Ya Hafiiz" ( Maha Pelindung ) - dizikirkan sebanyak 99x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila berada dalam hutan.

40."Ya Muqiit" ( Maha Pemberi Keperluan ) - Sekiranya kita berada dalam keadaan kelaparan seperti kita sesat dalam hutan @ dimana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini.InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41."Ya Hasiib" ( Maha Mencukupi ) - untuk memperteguhkan kedudukan yang kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah, kedudukan kita akan teguh tanpa sebarang gangguan.

42."Ya Jaliil" ( Maha Luhur ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini 1/3 malam terakhir, sebanyak 73x, InsyaAllah kita akan mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Anda seorang pegawai,maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi & terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43."Ya Kariim" ( Maha Mulia ) - untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia & di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur.InsyaAllah Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44."Ya Raqiib" ( Maha Pengawas ) - bagi meminta pertolongan daripada Allah terhadap penjaga barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan ini sebanyak 50x setip hari dengan niat agar barang2 yang dikhuatirkan yang berada di tempat2 yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lain.Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah...

45."Ya Mujiib" ( Maha Mengkabulkan ) - sesungguhnya Allah adalah zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat subuh.InsyaAllah doa kita dimakbulkan Allah.

46."Ya Waasi' " ( Maha Luas PemberianNya ) - apabila berada dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah.Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita daripada hasad dengki sesama makhluk.

47."Ya Hakiim" ( Maha Bijaksana )- Bagi pelajar @ sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang2nya 300x setiap hari.

48."Ya Waduud" ( Maha Pencinta )- amalkan zikir ini sebanyak 11,000x setiap malam. Insya Allah kita akan menjadi insan yang bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa dalam keadaan aman & harmoni, dikabulkan segala hajat.

49."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - untuk mententeramkan keluarga di mana setiap anggota sentiasa menyayangi & menghormati, khususnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebnyak 99x, sesudah itu hembuskanlah kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka.InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50."Ya Baa'its" ( Maha Membangkitkan ) - zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua belah tangan ke dada, InsyaAllah tuhan akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51."Ya Syahiid" ( Maha Menyaksikan ) - apabila ada di kalangan keluarga kita yang suka membangkang & sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 52."Ya Haq" ( Maha Benar ) - perbanyakkanlah zikir ini,InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53."Ya Wakiil" ( Maha Berserah ) - sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat @ terjadi gempa, maka perbanyakkanlah zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54."Ya Qawiy" ( Maha Memiliki Kekuatan ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berhadapan dengan si zalim.

55."Ya Matiin" ( Maha Sempurna Kekuatannya ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ia mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56."Ya Waliy" ( Maha Melindungi ) - barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan @ kedudukan, maka amat elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57."Ya Hamiid" ( Maha Terpuji ) - perbanyakkanlah zikir ini ebagai pengakuan bahawa Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58."Ya Muhshiy" ( Maha Menghitung ) - sekiranya kita inginkan diri kita digolong di dalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah ( muraqabah ), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin selepas solat 5 waktu.

59."Ya Mubdiu" ( Maha Memulai / Pemula )- agar segala apa yang kita rancang akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiapa hari. InsyaAllah...

60."Ya Mu'id" ( Maha Mengembalikan ) - andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan hasilnya.
6
1."Ya Muhyiy" ( Maha Menghidupkan ) - amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberi kemuliaan darjat di dunia & akhirat kelak.

62."Ya Mumiit" ( Maha Mematikan ) - barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini,InsyaAllah akan dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik & sebagainya.

63."Ya Hayyu" ( Maha Hidup ) - untuk mencapai kekuatan mental / batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64."Ya Qayyuum" ( Maha Berdiri Denagn SendiriNya ) - telah berkata Imam Ghazali ra bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1000x setiap malam @ selang sehari.Hendaklah dilakukan secara berterusan, InsyaAllah akan tercapai segala hajat.

65."Ya Wajiid" ( Maha Menemukan ) - andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & kukuh pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.

66."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - demi kecergasan otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67."Ya Waahid" ( Maha Esa ) - bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkan zikirkan ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama 1 bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, InsyaAllah...

68."Ya Somad" ( Maha Diminta ) - ketika dalam kelaparan akibat sesat @ kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin.InsyaAllah, diri akan berrasa segar.

69."Ya Qaadir" ( Maha Kuasa ) - apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, InsyaAllah segala hajat akan berhasil.

70."Ya Muqtadir" ( Maha Menentukan ) - agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini sebeberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikr ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71."Ya Muqaddim" ( Maha Mendahulukan ) - menurut imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72."Ya Muahkhir" ( Maha Melambat-lambatkan ) - bagi meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73."Ya Awwal" ( Maha Pemulaan ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 27x setiap hari, InsyaAllah segala yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74."Ya Aakhir" ( Maha Penghabisan ) - amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solet 5 waktu selama 1 bulan, InsyaAllah tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75."Ya Dhaahir" ( Maha Menyatakan ) - amalkan zikir ini sebanyak 1106x sesudah solat waktu di tempat yang sunyi ( khalwat ), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76."Ya Bathinu" ( Maha Tersembunyi ) - Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia biasa, dibaca untuk setiap ba'da solat fardu lima waktu sebanyak 30x, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia biasa.

77."Ya Waaliy" ( Maha Menguasai Urusan ) - memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.

78."Ya Muta'aAliy" ( Maha Suci / Tinggi ) - sekirnya kita berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi @ yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap.InsyaAllah dengan mudaj kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting2 akan berhasil.

79."Ya Bar" ( Maha Bagus [ Sumber Segala Kelebihan ] ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari.InsyaAllah segala yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80."Ya Tawwaab" ( Maha Penerima Taubat ) - bagi orang yang selalu buat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81."Ya Muntaqim" ( Maha Penyiksa ) - Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya kepada kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. InsyaAllah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82."Ya 'Afuww" ( Maha Pemaaf ) - barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya di akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83."Ya Rauuf" ( Maha Mengasihi ) - bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman @ sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini sebeberapa mampu sama ada waktu siang mahupun malam.

84."Ya Maalikul Mulki" ( Maha Pemilik Kekuasaan ) - seseorang pengarah @ ketua yang ingin kedudukannya kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat fardhu & 212x pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85."Ya Zul Jalaali Wal Ikraam" ( Maha Pemilik Keagungan & Kemuliaan ) - amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86."Ya Muqsith" ( Maha Mengadili ) - berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, Insya Allah tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87."Ya Jaami" ( Maha Mengumpulkan ) - sekiranya ada dikalangankeluarga kita @ isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut.Dengan izin Allah, orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88."Ya Ghaniy" ( Maha Kaya Raya ) - amalkan zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu mendapat berkat.

89."Ya Mughniy" ( Maha Pemberi Kekayaan ) - mintalah kekayaan yang bermnfat untuk kehidupan di dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90."Ya Maani" ( Maha Membela / Menolak ) - andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang zalim & suka membuat angkara.

91."Ya Dhaarr" ( Maha Pembuat Bahaya ) - asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita dalam menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihadapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkan zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92."Ya Naafi" ( Maha Pemberi Manfaat ) - menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barang siapa yang mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93."Ya Nuur" ( Maha Pemberi Cahaya ) - menurut Sheikh Ahmad Muhammad As Shawi, barangsiapa yang mengkehendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikkan di dunia mahupun kebaikkan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94."Ya Haadiy" ( Maha Pemberi Petunjuk ) - bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke sesuatu tempat tertentu, kemudiannya sesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsuaAllah akan diberikan pertolongan Allah & akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95."Ya Baadii" ( Maha Indah / Tiada Bandingan ) - andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya serta berjalan lancar, maka birzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu.InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96."Ya Baaqy" ( Maha Kekal ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua pekerjan yang telah menjai punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi @ bankrap dengan berkat zikir ini.

97."Ya Waarits" ( Maha Membahagi / Mewarisi ) - sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat fardhu @ sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah peda setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. InsyaAllah, berkat zikir ini Allah kan memberi petunjuk sehingga usaha kita berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98."Ya Rasyiid" ( Maha Pandai / Bijaksana ) - walaupun kita tergolong didalam golongan yang serdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi lebih cerdas.

99."Ya Shabuur" ( Maha Penyabar ) - agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka berzikirlah dengan zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Wallahu a'alam bissawab.

Selamat beramal kerana ALLAH.

Wassalam.

Friday, August 29, 2014

Sembilan Puluh Sembilan (99)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Sempena entri yang ke-99, saya nak berkongsi dengan pembaca tentang 99 nama ALLAH beserta maknanya. Entri ni saya 'pinjam' daripada laman ini. Semoga bermanfaat.. :)

ALLAH: ( الله ) Lafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki semua macam pujian dan sanjungan.

Lafadz ini disebut juga lafadz Jalalah, dan juga disebut Ismu Zat . Iaitu Zat yang menciptakan langit, bumi dan seisinya termasuk kita sebagai umat manusia ini. Dan Dialah Tuhan seru sekalian alam.
Adapun nama-nama lain, maka setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat bagi lafaz yang Maha Mulia.


Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:

1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.

2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.

3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.

4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.

5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.

6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.

7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.

8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya

9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.

10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.

11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.

12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.

13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).

14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.

15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.

16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.

17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.

18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.

19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.

21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.

22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.

23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.

24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.

25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.

26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.

27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.

28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.

29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.

30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.

31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/  Maha Mengetahui.

32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.

33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.

34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.

36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.

37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.

38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.

39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.

40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.

41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.

42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.

43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.

44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.

45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.

46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.

47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.

48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.

49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.

50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.

51.  Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.

52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.

53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.

54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.

55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.

56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.

57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung  / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.

58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.

59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.

60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.

61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.

63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.

64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.

65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).

66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.

67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.

68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.

69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya

70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.

71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.

72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.

73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan  / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.

74. Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.

75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya.

76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.

77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.

78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.

79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.

80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.

81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.

82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.

83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.

84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan  / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.

85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan  / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.

86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.

87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.

88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.

89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.

90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.

91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya  / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
.
92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.

93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya  / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.

95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan  / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.

96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya

97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi  / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.

98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.

99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.

ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud:

"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." 
(Surah Al-A'raf:180)

"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama yang baik)"
 (Surah Thaha:8)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. InshaAllah next entri nanti saya kongsikan kelebihan dan fadhilat zikir Asmaul Husna. Jumpa lagi!

Wassalam.

Thursday, July 24, 2014

Menuju Puncak Cinta-Mu

Bismillahirrahmanirrahim...

Rabbi..
Betapa ku mencuba untuk dekat denganMu
Namun sering ku tersasar dalam perjalanan waktu
Ku bertatih
Ku merangkak
Ku berjalan
Ku berlari
Namun tersungkur itu hampir selalu
Mengapa langkah itu terlalu payah buatku?

Ku mendaki di gunung hayat
Tapi tak pernah ku tiba di puncak cintaMu
Betapa ku berusaha
Namun masih aku di tanah rata
Terkadang jatuh ke gaung murka..

Rabbana..
Adakah cinta agungMu belum bersemi dalam qalbuku?
Benarkah aku telah berusaha?
Atau segalanya hanya dalam lewa dan alpa?

Ilahi..
Semaikan hati ini dengan rahmat kasih sayangMu..
Agar nanti ku tahu..
Indahnya.. saat hati tulus mencintaiMu..

~Ateh Ain~
(24 Julai 2014, 26 Ramadhan 1435H)

Sunday, June 29, 2014

Rahsia Solat Pada Awal Waktu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt...


Tadi, jalan-jalan di muka buku, terus terjumpa orang share pasal ni. MashaAllah, perkongsian yang sangat menarik.. Jadi, saya copy dan share kat sini untuk bacaan dan rujukan kita bersama. Jom ambil manfaat daripada artikel ni k.. Selamat membaca! :)



LEPAS NI TAK NAK SOLAT LAMBAT LAGI !!!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Dah baca dan fahami?

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh...

Wallahu a'lam bissawab.

Semoga bermanfaat. Wassalam... 

Friday, May 16, 2014

Kita Semua Adalah Guru

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Guru, satu gelaran yang satu ketika dulu mampu membuatkan kita kecut perut, namun rasa hormat tetap ada pada mereka yang bergelar guru ini. Guru sememangnya mempunyai ruang lingkup tugas yang cukup luas kerana guru bukan sekadar profession, pangkat atau panggilan untuk seseorang yang mendidik di sekolah, tetapi guru sebenarnya amat rapat dan sinonim dengan kehidupan kita.

Semasa kita kecil, ibu bapalah guru yang terawal mendidik dan memantau tingkah laku kita. Mereka membimbing kita untuk berkata-kata, berjalan, berlari sehingga kesemuanya ini dapat dilakukan degan sendiri dan dari hari ke sehari, sepanjang proses kematangan dan kedewasaan, ramai yang telah menjadi guru kita.

Ada yang memberi nasihat, tunjuk ajar, cara untuk lebih berdikari dan sebagainya. Pengalaman yang dilalui juga seringkali memberikan kita satu teladan dan ilmu, dan pengalaman ini juga menjadi guru kita yang amat berharga.

Setiap kita adalah guru, sama ada guru untuk anak-anak, rakan sepejabat, kawan karib dan sebagainya. Guru bukan sekadar mengajar bagaimana untuk membaca dan mengira, tetapi guru seharusnya menjadi seorang pembimbing, penasihat serta dapat mendewasakan pemikiran pelajarnya. Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, malahan perlu memastikan ilmu yang disampaikan dapat difahami dan diamalkan oleh pelajar.

Tetapi, tanpa guru dan pendidik yang bersifat sabar, tajam pemikirannya serta mempunyai ketahanan mental dan fizikal, uslub ilmu tidak akan dapat difahami sepenuhnya. Hasilnya adalah murid yang hanya tahu menghafal tetapi kurang tajam daya pemikirannya.

Orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya umpama keldai membawa barang yang banyak, sedangkan orang yang beramal tanpa ilmu umpama tin yang kosong, kelihatan berisi tetapi tiada satupun isinya dapat memberikan manafaat pada dirinya dan orang lain.

Sebagai seorang muslim, perlulah kita kembali kepada asas Islam, iaitu ilmu dan amal. Ini telah dicontohkan sendiri oleh Rasulullah SAW. Keberkesanan kaedah dan teknik pengajaran Rasulullah SAW memang telah terbukti berjaya. Ketika golongan jahiliyah tercari-cari erti kehidupan serta keruntuhan moral yang melanda mereka, kehadiran Rasulullah SAW telah kembali menyinari kegelapan mereka.

Dari bangsa yang jahil, mereka telah bertukar menjadi bangsa yang disegani sehingga kefahaman Islam dapat disebarkan ke setiap pelosok dunia. Ini jelas menunjukkan islam merupakan agama yang amat mementingkan ilmu dan kerana itulah hukum menuntut ilmu itu adalah wajib dalam Islam.

Baginda SAW mempunyai sikap tidak berputus asa, malahan segala halangan akan menjadikan semangatnya semakin kuat dalam memberikan kefahaman ilmu kepada sahabat yang tidak dapat memahami sesuatu ilmu yang cuba disampaikan. Semangat sebeginilah seharusnya dimiliki oleh setiap guru dalam menghadapi pancaroba pendidikan zaman ini.

Kaedah dan teknik pengajaran Rasulullah SAW ini harus dijadikan elemen utama dalam menerapkan kefahaman ilmu kepada setiap murid kerana Baginda SAW merupakan guru dan pendidik terulung sepanjang zaman yang mempunyai kemahiran yang terbaik dalam proses mentarbiyyah jasmani dan rohani. Pasti hasil didikan dengan kaedah ini akan membuahkan hasil yang dapat merealisasikan harapan agama, negara dan bangsa.

Oleh itu, pastinya Hari Guru bukan sekadar diraikan untuk golongan ini sahaja, tetapi hari guru ini juga boleh disambut dan diraikan oleh setiap mereka yang telah memainkan peranan sebagai seorang guru dan pendidik.

Selamat Hari Guru untuk semua.

"Guru terbaik bagi manusia ialah PENGALAMAN." :)

Wassalam..

Saturday, April 26, 2014

Berpurdah.. Biar Bernilai Solehah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Hurm.. masih tercari2 pengisian utk perkongsian kali ini. Minda ketandusan idea, namun perlu juga memaksa jari ini menari-nari di papan kekunci.. bimbang terlepas waktu untuk merealisasikan hasrat berkongsi sesuatu di blog ini, sekurang2nya SATU entri untuk SATU bulan. Oleh itu, kesempatan ini perlu dihargai. Kalau tidak.. entah bila agaknya hadirnya waktu untuk saya menyinggah di sini. Selalu terbiar.. Selalu terabai tak terjaga. Huhu..

Mungkin waktu ini boleh saya manfaatkan untuk berkongsi satu tajuk yang sudah lama menjadi isu dalam kalangan pengguna laman sosial. Tentang sehelai kain kecil di wajah bernama PURDAH @ juga dikenali sebagai NIQAB.

Nama kain kecil ini sudah tidak asing lagi. Seringkali dijadikan sebagai pengukur solehahnya seorang Muslimah. Muslimah yang berpurdah atau berniqab sering dipandang tinggi.. dianggap sebagai seorang wanita hebat, penuh ilmu di dada, seorang 'ustazah' yang mampu menjawab segala persoalan agama yang diutarakan, seorang yang sempurna, seorang yang seolah2 tidak berdosa, juga seorang yang imannya sangat terpelihara.

Namun, benarkah segala persepsi itu? Jawapannya, tidak.. Tidak sama sekali. Mengapa? Purdah tidak dipakai oleh Muslimah selepas menepati semua ciri di atas. Seseorang itu tidak solehah hanya kerana sehelai purdah. Kerana nilai solehah bukan ditentukan oleh pakaian yang dipakai, tetapi hati. Namun begitu, pakailah pakaian yang bernilai solehah.. sebagai salah satu cara untuk men'solehah'kan diri. Purdah takkan menjadikan seseorang Muslimah bebas daripada dosa, kerana tiada manusia di dunia ini yang akan terlepas daripada melakukan dosa. Kita manusia biasa, bukan Nabi.. Kita tidak maksum, tidak sempurna. Sesekali tersungkur jua dalam perjalanan menuju Ilahi.

Purdah dipakai kerana mereka ingin melindungi diri daripada fitnah. Tak kira sama ada mereka terlalu cantik atau sebaliknya. Namun, dek kerana wanita adalah fitnah terbesar di dunia ini, maka purdah itu dapat melindungi diri mereka daripada fitnah, dengan izin Allah.

Tetapi.. alangkah sayangnya.. kini purdah tidak mampu sepenuhnya menjadi medium penutup fitnah. Malah, purdah itu jugalah yang membuka pintu fitnah akibat segelintir niqabis yang seolah2 meremehkan nilai purdah itu.

Perlukah setiap aksi seorang niqabis dikongsi di media sosial?
Perlukah kamera di fokuskan pada mata yg dihiasi make up dan contact lens pelbagai warna?
Perlukah seorang niqabis memandang rendah pada Muslimah yang tidak sepertinya?
Perlukah istilah couple Islamik dan cinta ana-enta wujud di kalangan mereka?
Perlukah ditunjukkan kepada sekalian alam betapa 'solehah'nya seorang niqabis?

Bukankah wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang...

Duhai niqabis yang melakukan perkara yang tidak perlu di atas, tahukah kalian.. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga? Kerana kalian.. habis semua niqabis mendapat tempiasnya. Niqab kini semakin hari semakin dipandang rendah. Muslimah yang ikhlas memakai purdah / niqab kerana Allah dikatakan sebagai Muslimah yang hanya mengikut trend fesyen terkini. Apatah lagi bila segelintir peniaga memberi nafas baru kepada purdah atau niqab itu sehingga menimbulkan unsur tabarruj. Mana hilangnya nilai solehah pada sehelai kain itu?

Segelintir niqabis cepat melenting tatkala ditegur untuk kebaikan. Malah sering melempar soalan, "Mengapa niqabis yang selalu menjadi perhatian dan isu untuk dibincangkan? Bukankah lebih baik menegur mereka yang masih belum tahu menutup aurat dengan sempurna?" Ukhti2 yang disayangi, rasanya kalian sudah tahu.. betapa banyaknya teguran ke atas mereka yang mengabaikan penjagaan aurat. Namun, andai mereka yang kamu lihat 'tidak solehah' itu sukar menerima teguran, adakah kalian yang selalu mengiktiraf diri 'solehah' itu mahu menjadi seperti mereka? Lantang menasihati tetapi tidak mahu dinasihati. Mahu?

Ayuh, tajdid semula niat di hati. Mengapa niqab jadi pakaian kalian? Adakah sekadar mahu tunjukkan kepada dunia bahawa "Akulah si Solehah. Pandanglah aku, pujilah aku" ? Atau mahu tanam dalam hati dalam2 bahawa "Sesungguhnya aku berpakaian begini hanya kerana Allah.." ? Pilihan di tangan kalian. Pilihlah yang terbaik.. Jangan jadikan diri kalian sebagai asbab niqabis lain terus-terusan jadi bahan perbualan yang tidak enak di halwa telinga. Hormati niqabis lain yang benar2 menjaga. Pelihara imej dan nilai purdah itu sebaiknya.

Berpurdah.. Biar bernilai solehah.. Ya, mungkin kita indah di mata manusia. Namun jika begitu akhlak dan peribadi sebenarnya, indahkah kita di mata ALLAH?


Selamat bermuhasabah.. Wallahu a'lam. Wassalam..

Tuesday, March 11, 2014

Kehilanganmu.. MH370.. T_T


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum wbt..

Hari ini, jari kembali brdetak di papan kekunci. Kali ini, apa yang ingin dikongsi? Bukan.. bukan tentang diri ini. Tetapi tentang perkara yang sedang difikirkan seisi dunia kala ini.

MH370.. Saya rasa semua tahu apakah makna di sebalik huruf dan nombor itu. Pesawat milik MAS yang sedang terbang dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dari KL ke Beijing, tiba-tiba hilang daripada pandangan, terputus hubungan tanpa dapat dikesan. 

Meletup? Jika ya, mana serpihannya?
Terhempas? Kalau benar, di mana tempatnya?
Terapung di udara? Tenggelam di lautan? Tiada siapa mampu memberi jawapan pasti..

***

MH370..

Kamu telah hilang..
Dunia sedang tercari-cari, dunia sedang tertanya-tanya.
Di mana kamu sebenarnya wahai MH370?

Pelbagai spekulasi timbul daripada kehilangan kamu. Ada juga insan yang tidak sensitif, menjadikan isu kehilanganmu sebagai satu bahan lawak. Ultraman yang sorok, alien yang bawa lari, penumpangmu berseronok bersama orang bunian. Allahu Rabbi.. nyawa menjadi bahan gurauan? Apakah akan keluar fikiran-fikiran sebegitu jika keluarga mereka yang berada di situ? 

MH370..

Tapi kamu juga perlu tahu.. terlalu ramai yang prihatin tentangmu, terlalu ramai yang mencarimu, terlalu ramai yang mengharap kepulanganmu, juga terlalu ramai yang sedang mendoakanmu. Di seluruh negara, solat hajat giat dilaksanakan. Bukan hanya Muslim, malah agama-agama lain juga.. dalam kepelbagaian kepercayaan dan agama, masing2 mendoakan kamu muncul semula di depan mata. 

MH370..

Sampai bila kamu mahu hilang? Tidakkah kamu mahu pulang?
Hilangnya kamu membuatkan..
Si isteri/suami menangisi kehilangan pasangannya sehidup semati,
Si ibu ayah merintih hiba mengharap si anak pulang ke pangkuan,
Si anak meraung mencari wajah orang tua yang tiada di depan mata,
Si sahabat menanti sahabatnya kembali bergelak tawa tangis bersama,
Di sini.. Di sana.. Semua mengharap kamu kembali..

MH370..

Tidakkah kamu rindu untuk untuk terbang lagi?
Tidakkah kamu rindu pada landasanmu?
Pulanglah.. Pulangkan isi perutmu pada kami..
Kami menanti..

***
Andai sahaja pesawat mampu mendengar dan mempunyai perasaan, andai dapat disampaikan segala isi hati padanya, pasti itu antara bicara yang mungkin terzahir daripada saya padanya. Buat memujuk dia kembali dan mengembalikan insan di dalamnya kepada yang sedang menanti.

Pesawat tercanggih, juruterbang terlatih.. namun tak siapa mampu melawan qadha dan qadar ALLAH yang Maha Esa. Tak siapa menduga ini akan terjadi. Namun, percayalah ada hikmah di sebalik apa yang telah menjadi rencana Ilahi.

Yang pasti, seluruh dunia sedang bersatu dalam DOA setelah kehilangan pesawat ini..

Ya ALLAH..

Jika benar mereka di langit, turunkanlah mereka dari sana..
Jika benar mereka di dasar lautan, timbulkanlah mereka dari sana..
Jika benar mereka di daratan, tunjukkanlah kami di mana tempatnya..
Jika benar mereka ‘sudah kembali’ padaMU, perlihatkan mereka kepada kami buat kali terakhir..

Dan..
Jika mereka sebenarnya ada di hadapan mata namun masih KAU hijabkan daripada pandangan manusia, Kami mohon ya ALLAH, bukakanlah hijab itu.. tenangkanlah hati2 kami yang gundah, legakanlah jiwa2  kami yang resah, gembirakan kami dengan keajaiban kuasaMU yang tiada tandingannya.

Ya ALLAH..
Hanya Engkau yang berkuasa ke atas segala sesuatu. Sesungguhnya KAU Maha Mengetahui segala sesuatu yang tidak kami ketahui.. Bantulah kami dalam usaha pencarian ini. Permudahkanlah segalanya ya ALLAH.. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Mengasihani..

Aamiin ya Rabbal ‘Alamiin..
***

Masih ternanti kepulangannya. Moga ada keajaiban yang berlaku di sebalik pelbagai andaian yang timbul. Mudah-mudahan ALLAH selamatkan setiap satu nyawa yang bernafas di dalam pesawat itu.

Dalam kita menanti penuh debaran kepada pengakhiran apa sebenar terjadi dengan pesawat ini, kita hendaklah bersabar, bertawakkal, redha, dan bertakwa kepada ALLAH. Sewajarnya insiden ini dapat membantu kita insaf dan kembali dekat dengan ALLAH yang Maha Khaliq. ALLAH Lebih Arif dan Maha Mengetahui segala apa yang berlaku di langit dan bumi serta di antara keduanya!

Andai ini satu peringatan buat kita yang selalu alpa, maka ambillah ibrah daripada kejadian yang sedang berlaku ini. Jika sains tak mampu memberi jawapan, serahkan kepada Pencipta Sains tersebut (ALLAH). Apapun yang berlaku, kembalilah kepada pegangan agama sebagai panduan hidup kita. InshaALLAH, ada jawapan bagi setiap persoalan yang menerjah di minda..

La hawla wala quwwata illa billah.
Wallahu a'lam bissawab.

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...