Tuesday, February 1, 2011

Salam Pertemuan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Bersua tanpa wajah, berbicara tanpa suara. Di sini seorang muslimah cuba memulakan bicara yang hanya terluah melalui hujung jari jemari kurniaan Ilahi. Tika membaca dan menulis menjadi hobi masa lapang, hati terasa ingin berkongsi. Maka hadirnya saya di sini untuk berkongsi cerita, artikel atau apa2 sahaja yang terlintas di hati saya di ruangan ini.

Pertama kali berjinak2 di laman blogger, saya sedar terlalu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Maka komentar2 sahabat sekalian sangat dialu-alukan.

Semoga laman ini memberi manfaat buat pembaca yang sudi singgah di teratak blog saya yang tak seberapa ini. Salam ukhuwah fillah..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...