Assalamu'alaikum wbt..
Pejam celik, pejam celik, pejam celik.. masih pejam celik lagi? Sudahlah tu.. Hehe. Cuma nak cakap, antara sedar dan tak sedar, rupa-rupanya kita sudah tiba ke penghujung tahun 2012. Cepatnya masa berlalu kan? Tak terasa tahun 2013 akan menjenguk kita pada esok hari.
Hurm.. Macam mana dengan azam tahun 2012? Dah tercapai semua? Kalau dah, Alhamdulillah.. tahniah. Semoga segala azam yang tercapai tu hanyalah perkara-perkara baik, bukan perkara yang terlarang dan tak mendatangkan kebaikan langsung kepada diri, agama, masyarakat dan negara. Ok?
So.. bagaimana dengan persediaan menuju tahun baru? Ada azam baru lagi ke? Kalau azam yang lepas tu belum tercapai, selesaikan yang tu dulu ye. Jangan hanya menyenaraikan azam panjang berjela, tapi satu pun tak terlaksana.
Sebenarnya, tahun baru adalah saat yang tepat untuk berhijrah melakukan perubahan paradigma dan pola fikir, serta perubahan sikap dan tingkahlaku ke arah kebaikan, untuk mengharap dan menggapai redha Ilahi. Bukan saat terbaik untuk berpesta meraikan tahun baru secara besar-besaran dan melalaikan diri tanpa sebarang makna pengabdian diri kepada yang Maha Esa.
Allah SWT berfirman,
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kalian kepada Allah, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah disiapkan untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan." (QS 59: 18)Khalifah Umar Al-Khattab menyatakan,
"Hitunglah diri kalian sebelum kalian dihitung. Timbanglah amal kalian sebelum kalian ditimbang. Bersiaplah untuk menghadapai hari yang amat dahsyat. Pada hari itu, segala sesuatu yang ada pada diri kalian menjadi jelas, tidak ada yang tersembunyi."
Rasulullah SAW bersabda,
"Tidaklah melangkah kaki seorang anak Adam pada hari kiamat sebelum ditanyakan kepadanya empat perkara ; tentang umurnya, untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya, untuk apa digunakan, tentang hartanya, dari mana diperoleh dan ke mana dihabiskan, dan tentang ilmunya, untuk apa dimanfaatkan." (HR Tirmidzi)
Rasulullah SAW juga menjelaskan,
"Sebaik-baik manusia ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya, sedangkan seburuk-buruk manusia adalah yang panjang umurnya tetapi buruk amalannya." (HR Tirmidzi)
Sahabat sekalian, mari kita bersama memanfaatkan waktu yang tersisa dan berusaha meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadah kita kepada Allah SWT serta menjadikan momentum tahun baru untuk mengingati mati (zikrulmaut). Bukankah orang yang paling bijak ialah orang yang selalu mengingati mati? Segala pengalaman yang dikutip daripada tahun yang berlalu wajar dijadikan ibrah untuk menginsafi diri ke arah yang lebih sempurna. Ayuh, berhijrahlah ke arah kebaikan. Berusaha untuk menjadikan diri lebih baik, lebih baik dan lebih baik dari semasa ke semasa. Yang paling penting, semua yang kita lakukan itu hanyalah semata-mata kerana Allah Ta'ala.
Selamat Tahun Baru 2013. Moga Allah merahmati kita di sepanjang usia. Allahumma Amin.
Wassalam.
dah lupa lah azam 2012. hehe
ReplyDeletehehe.. kena la wat azam baru.. :)
Deletetahun 2012 banyak ajar ecah utk jadi the better person . Hope next year lagi baik ! Amin :)
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau mcm tu ecah. insyaAllah, akan ada kebaikan demi kebaikan dlm hidup ecah.. Amin.. ^_^
Delete