Thursday, June 6, 2013

Kisah Luqmanul Hakim dan Anaknya serta Seekor Keldai

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah untuk berkongsi sesuatu di sini lagi. Hari ini, ingin saya kongsikan satu kisah yang sangat besar pengajaran dan cukup sesuai dengan kehidupan kita pada hari ini.. Tentang sikap manusia dengan lisan yang tidak terjaga. Tentang manusia yang hanya tahu mengata. Tentang manusia dengan pelbagai karenahnya. Jom hayati bersama.. :)

Suatu hari Luqman Hakim masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor keldai, saat itu anaknya mengikuti dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sebahagian orang di pasar berkata, "Lihatlah orang tua yang tidak ada perasaan, anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengar kata-kata itu, maka Luqman pun turun dari keldainya itu lalu dinaikkan anaknya di atas keldai itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihatlah orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya naik di atas keldai, sungguh kurang beradab anak itu."


Ilustrasi ini sekadar hiasan sahaja.

Mendengar kata-kata itu pula, Luqman pun terus naik ke atas belakang keldai itu bersama-sama anaknya. Kemudian, orang-orang berkata lagi, "Lihatlah dua orang itu menaiki seekor keldai, sungguh menyeksa binatang."



Ilustrasi ini sekadar hiasan sahaja.

Kerana tidak suka mendengar perkataan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari keldai itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Sungguh bodoh dua orang itu, sudah ada keldai tapi tidak dinaiki."


Ilustrasi ini sekadar hiasan sahaja.

Kemudian dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman Hakim menasihati anaknya tentang sikap manusia dan kata-kata mereka. Katanya,



Nampak sesuatu daripada kisah ini? Hurm.. memang betul, manusia memang susah nak berhenti bercakap tentang orang lain. Dan kita adalah sebahagian daripada manusia itu. Astaghfirullah.. Sahabat, ayuh.. jaga lisan kita, hati-hati bila berbicara !
 

Sabda Rasulullah SAW :
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah perkara yang baik, atau lebih baik diam sahaja."

[ Hadis Riwayat Bukhari & Muslim ]

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat. Renungkan. Jom koreksi diri..

Wassalam.

2 comments:

  1. Ada buku menarik tahun ini:
    "LUQMANUL HAKIM ADALAH SOCRATES BERKULIT HITAM" Secara umumnya, buku ini ditulis oleh Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander berasal daripada Indonesia. Setakat ini beliau telah menulis sebanyak 4 buah buku yang tebalnya sekitar 700 muka surat semua sekali.

    Secara zahirnya, buku ini ada tiga bahagian. Bahagian pertama bertajuk ‘Mengenali Socrates’ yang mengandungi 5 bab. Bahagian kedua bertajuk ‘Hikmah Socrates’ yang mengandungi 10 bab. Dan bahagian ketiga bertajuk ‘Kematian Socrates’ yang mengandungi 3 bab dengan 1 bab Kesimpulan.

    Secara ringkasan isinya, buku ini mencari siapakah di sebalik Luqman al-Hakim yang Allah SWT bicarakan dalam al-Qur’an. Penulis yakni Wisnu Sasongko meletakkan calon Luqman iaitulah Socrates. Umum mengetahui bahawa Socrates adalah ahli falsafah Yunani silam yang hidup sekitar 400-300 SM. Banyak penulis Barat menyifatkan beliau sebagai seorang yang berkulit putih seperti bangsa-bangsa Yunani yang lain. Malah, beliau juga dikaitkan dengan tuduhan sebagai seorang lelaki yang melawan tabiinya dan beragama paganisme (politeisme) seperti anutan bagsa Yunani ketika itu. Namun, Wisnu Sasongko berusaha mengemukakan hujahnya bahawa Socrates bukanlah seperti yang disifatkan penulis Barat, malah beliaulah calon Luqman al-Hakim dalam al-Qur’an. Buktinya diutarakan dalam dua sudut. Pertama, sudut fizikal sebenar Socrates; dan kedua, kaedah Socrates berfalsafah.

    1. Socrates adalah lelaki berkulit hitam, berbibir tebal, berhidung kemek, anak kepada seorang hamba dan seorang hamba abdi. Dalam bahasa mudah beliau berketurunan Negro.
    Hal ini dilihat dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW bahawa Luqman al-Hakim yang hidup di zaman Nabi Daud adalah seorang yang berkulit hitam. Memang terdapat khilaf antara ulama Hadith tentang kesahihan Hadith tersebut. Namun, WS menyatakan bahawa Hadith tersebut adalah sahih. Sebagai bukti, sila Google imej Socrates dan anda akan dapati wajahnya berbeza dengan Plato, Aristotle dll.

    2. Socrates adalah seorang ahli falsafah yang suka menyampaikan kebenaran atau persoalan ketuhanan melalui kaedah soal-jawab atau kaedah dialektik.
    Hal ini dilihat dengan keselarasan antara isi kandungan al-Qur’an dengan hikmah-hikmah yang disampaikan (didakwah) oleh Socrates kepada anak-anak muda Athens. Ucapan-ucapan ini dibukukan semula oleh beberapa orang muridnya antaranya Plato dan Xenophon. Kesemua nasihatnya dilihat selari dengan isi kandungan al-Qur’an.

    Persoalannya, bagaimanakah Socrates dikatakan seorang penganut paganisme? Mengapakah beliau dituduh sebagai lelaki berperilaku luar tabii? Dari manakah Socrates mendapat ilmu ketuhanan sekiranya benar dia seorang monotheisme? Apakah sebab utama penulis Barat menyembunyikan identiti beliau seorang berkulit hitam? Malah di akhir hayatnya dia dihukum bunuh oleh pemerintah Athens, mengapakah ia berlaku? Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, silalah beli dan baca sendiri buku ini. Wisnu Sasongko buat buku ini agar kalian beli dan membacanya, insha-Allah tak rugi.

    Buku & versi ebook boleh dibeli di sini: http://pts.com.my/buku/luqmanul-hakim-adalah-socrates-berkulit-hitam/

    ReplyDelete
  2. Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).
    Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.
    Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:
    Pertama – Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam dan bekas hamba abdi
    Kedua – Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.
    Kandungan Isi buku:
    . Pendahuluan
    . Terjemahan Surah Luqman
    . Sejarah Hidup Socrates dan Falsafahnya
    . Garis Masa Yunani kuno
    . Socrates Berkulit Gelap Keturunan Afrika di Yunani
    . Socrates adalah Hamba kepada Alcibiades
    . Socrates Ahli Hikmah dan Pencari Hikmah
    . Socrates Mengajar Manusia supaya Bersyukur kepada Allah dengan Cara Mengenali Diri Sendiri dan Sembahyang
    . Nasihat Socrates supaya Tidak Menyekutukan Allah
    . Socrates Berpesan supaya Lamprocles (Anaknya) Berbakti kepada Ibu Bapa
    . Socrates Percaya Tuhan akan Membalas Semua Perbuatan Manusia
    . Socrates Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kejahatan
    . Kesabaran dan Kawalan Diri Socrates
    . Usah Sombong
    . Socrates Mengajak Hidup Bersederhana
    . Tuhan Memudahkan Segala-Galanya untuk Manusia
    . Socrates Dihukum Mati Menelan Racun sehingga Digelar “Luqman”
    . Mencari Maksud Kata Nama Socrates dan Luqman
    . Menuju Pemurnian Falsafah Socrates
    . Kesimpulan: Socrates (469-399 SM) adalah Luqmanul Hakim dalam Sejarah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...