Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt..
Hari ini, 10 Ramadhan 1432H. Alhamdulillah sudah satu pertiga bulan mulia ini kita harungi bersama. Masih ada 20 hari lagi untuk melaksanakan ibadah di bulan yang penuh barakah ini. Esok sudah masuk fasa kedua. Moga kita diberi kekuatan iman untuk menempuhi 30 hari ini dengan penuh kesabaran.
Beberapa hari yang lalu, saya meletakkan ayat “30 hari mencari CINTA” sebagai status di wall facebook saya. Tertarik saya pada soalan sahabat, “Cukupkah 30 hari ini untuk mencari cintaNya?”
Hmmm...
30 hari memang tak cukup untuk kita mencari cinta Allah SWT. CintaNya Maha Agung, tiada yang dapat mencintai kita sebaik Dia. CintaNya cinta sempurna. Justeru apa peranan kita sebagai hambaNya untuk membalas cintaNya? Mengabdikan diri pada Pencipta teragung kita, menyemai rasa kecintaan yang tidak berbelah bagi kepada yang Maha Esa, melaksanakan perintah Allah dan tentu sekali meninggalkan laranganNya. Sudahkah kita melakukannya? Sempurnakah cinta kita?
Hakikatnya, seluruh hidup pun belum dapat membalas keagungan cinta Ilahi..
Dalam selaut cinta, mungkin cinta kita hanya setitis buat Dia. Kerana itulah kita selalu lupa kepadaNya. Kita asyik mengejar nikmat dunia. Kita sering lupa tujuan kita dilahirkan, lupa tanggungjawab sebagai khalifah, lupa membezakan dosa pahala. Astaghfirullahal’azim…
"Sesungguhnya Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai arena perlumbaan melakukan ketaatan bagi makhlukNya, kemudian ada yang berlumba-lumba hingga menang dan ada pula orang-orang yang tertinggal lalu kecewa. Tetapi sangat menghairankan ialah peserta yang tertawa-tawa di saat orang lain memecut untuk meraih kemenangan." (Hassan al Basri)
30 hari.. kita manfaatkan untuk melakukan amal ibadah. Sekurang2nya masih ada kesedaran untuk kita menghambakan diri padaNya. Tapi, 30 hari sajakah? Sesudah Ramadhan berlalu, apa yang berlaku?
Fastabiqul Khairat!!
Berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan. Pecut laju2 bila buat ibadah. Jangan berhenti. Sebulan Ramadhan kita manfaatkan sebaiknya. Dan.. Andai Ramadhan berlalu, bukan bermakna itu menjadi titik noktah kepada amalan yang telah kita lakukan di bulan penuh rahmat ini. Istiqamahlah. Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Jadikan Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyah untuk kita menghadapi sebelas bulan yang lain, insyaAllah..
Ayuh sama2 renung sejenak kata2 hikmah yang berbunyi.. “Jadilah kamu hamba Allah, jangan jadi hamba Ramadhan..”
Jadi.. Setakat ini sahaja perkongsian buat kali ini.. Ringkas. Tiba2 kekeringan idea untuk terus menaip. Cukuplah. Sekurang2nya perkongsian ringkas ini dapat memberi nafas kepada blog yang telah lama pengsan ini kan.. Hehe..
Apapun.. Moga misi 30 hari mencari cinta ini ada hasilnya.. Amin ya Rabb..:)
Wassalam..
jejak sini
ReplyDeleteAssalamu'alaikum...:-)
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih adik ain atas coretan penuh makna ini..Selamat menghidupkan ramadhan yg mulia, moga peroleh rahmat serta keampunan dari-Nya..aamiin
Mr Ej~
ReplyDeleteterima kasih sudi menjejaki blog yg x seberapa ni :)
Ahlia Iman~
Wa'alaikumussalam.. trima kasih kembali kak.. insyaAllah, sama2 kita rebut peluang ibadah di bulan mulia ni. InsyaAllah. Amin.. :)