Assalamu'alaikum wbt..
Seperti yang dijanjikan, untuk entri kali ini, saya akan kongsikan cara untuk kira kalori diperlukan oleh badan kita. Keperluan kalori yang diperlukan adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi, macam mana nak tau berapa kalori yang kita perlukan dalam sehari?
Satu formula asas kiraan yang paling mudah ialah dengan mendarab 25-30 kalori dengan berat badan kita.
Contohnya, untuk orang yang beratnya 80kg, cara kira ialah seperti ini :
80 kg x 25-30 kalori = 2,000 - 2,400 kaloriTapi, formula ini hanya panduan asas sahaja. Pengiraan yang lebih tepat perlu mengambil kira faktor jantina, usia, ketinggian dan sebagainya.
Jom tengok cara pengiraan yang lebih tepat :
Kalau tak nampak, klik pada gambar ataupun save je la.. boleh tengok bila2 masa. Hehe.. :)
Sekarang dah tau kan macam mana nak kira keperluan kalori? Secara purata, keperluan kalori bagi kita di Malaysia ialah 2,250 kalori bagi perempuan dan 1,800 kalori bagi lelaki.
Alamak.. dah macam blog diet la pulak kan. Hee.. tujuannya, nak kongsi amalan pemakan sihat dan diet seimbang je. Ye lah, kan dah ramai sangat orang obesiti kat negara kita ni kan. Erm.. Ok la, rasanya sampai sini je kot untuk isu ni. Sape2 yang nak lebih sihat, bolehlah start kira kalori masing2. Hihi.. Tapi, untuk yang nak kuruskan badan secara sihat dan berkesan, boleh rujuk lebih detail lagi kat sini .
Sebelum mengundur diri, nak pesan sikit :
Amalkan pemakanan sihat ye. Bila badan sihat dan kuat, barulah mudah untuk kita beribadah dengan selesa dan tenang. Badan kita ni nak pakai lama. Allah dah bagi badan cantik2, takkan kita nak sia-siakan nikmat tu kan? Kena la jaga elok2. Betul tak?
Sampai di sini saja.. InshaAllah lain kali kita jumpa lagi.
Ma'assalamah wa ilalliqa'.
Wassalam..
mohon share yer....
ReplyDeleteSilakan :)
Delete