Monday, April 29, 2013

Bayaran Masuk ke Syurga Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Bersiar-siar sebentar di laman muka buku, membawa saya kepada penemuan status seorang sahabat yang terpapar di ruangan "news feed".. membuat fikiran terasa ingin merenung dan menghayati. Mesejnya berbentuk sebuah cerita ringkas yang tertulis seperti ini..
Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya, "Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk."
Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata, "Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”"
Ibrahim bin Adham menjawab, "Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?"

Kisahnya ringkas. tetapi mesejnya penuh makna.. kesannya mendalam.

Allahu Allah.. Sahabat yang dikasihi, jangan hanya mempersoalkan siapa kita disisiNya, tetapi tanya pada diri, siapa Dia dalam hati kita.Tanya pada diri, cukupkah amalan kita untuk ke sana? Layakkah kita menghuni Jannatul Firdausi? Mampukah kita 'menempah tiket masuk' ke syurga Allah yang abadi? Ayuh sahabat, kita muhasabah diri.

Wahai Tuhan... 
Ku tak layak ke syurgaMu..
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu... 
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku..
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar...

 Setakat ini buat kali ini. Maaf atas catatan yang sangat ringkas ini.. Semoga bermanfaat, InshaAllah.. Moga bertemu kembali dalam entri yang akan datang.

Jaga diri, iman dan amal. Wassalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...