Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..
Yaa Rabbi..
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir
sebelum bertindak, santun dalam berbicara, tenang ketika gundah, diam
ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang
yg selembut Abu Bakar As-Siddiq, sebijaksana Umar bin
Khattab, sedermawan Uthman bin Affan, sepintar Ali bin Abi
Thalib, sesederhana Bilal, setegar Khalid bin Walid..
Amiin ya Rabbal'alamin.
Inilah cerminan
seorang wanita yang merindukan indahnya mahligai rumahtangga.Yang
menginginkan kehidupan yang sakinah, mawaddah wa rahmah dalam kehidupannya
kelak, bila nanti sang syabab datang melamarnya.
Lelaki idamanku yang jauh di sana, sebelum engkau dihadiahkan untuk
hidupku, kan ku tuliskan sepucuk surat cinta untukmu. Aku mungkin bukan
seorang yang romantis tapi mungkin bisa menjadi yang romantis
untukmu. Inilah ungkapan isi hatiku yang telah sekian lama menunggumu.
Aku memang bukan seorang wanita berparas cantik ataupun kaya. Aku juga
bukan seorang wanita sedermawan Khadijah, sesabar Fatimah dan sepintar
Aisyah. Aku hanyalah seorang wanita biasa yang serba kekurangan.
Inilah aku seadanya, yang akan mencintaimu juga seadanya. Yang
mencintaimu kerana Allah. Yang bersedia menemani sepinya hari-harimu. Yang
selalu bersedia melengkapi kekuranganmu. Yang selalu ingin membantu
kesusahanmu. Yang sangat senang bila melihat kau merasa senang.
Aku ingin mencintaimu secara sederhana tanpa harus menyusahkanmu, memberatkanmu dan membebanimu.
Aku ingin mencintaimu seadanya tanpa harus diada-adakan. Aku ingin mencintaimu tanpa melihat kekuranganmu. Aku ingin juga mencintaimu sepenuh hati tanpa harus terpaksa. Aku juga
wanita yang ingin dicintai seperti perasaanku yang ingin mencintaimu.
Aku ingin
hidup bahagia denganmu bukan kerana harta, bukan kerana hal
duniawi, bukan, bukan itu. Aku ingin hidup bahagia denganmu kerana kau
bersyukur telah memiliki aku. Kerana kau ingin melaksanakan
perintahNya. Kerana kau ingin menjauhi laranganNya. Kerana kau ingin
mengikuti sunnah kekasihNya, Muhammad SAW. Maka bahagiakanlah aku kerana Allah sekalipun kita hidup kekurangan.
Aku tidak ingin yang lebih darimu kerana aku tidak ingin memberatkanmu
dan kerana aku ingin mencintaimu untuk saling melengkapi satu sama lain.
Duhai lelaki idamanku yang jauh di sana…
Inilah curahan hatiku, inilah hasratku dan inilah kalimat-kalimat cintaku kepadamu..
Bila kelak nanti Tuhan menghadiahkanmu untuk hidupku, kan ku layani engkau sepenuhnya, kan ku jaga engkau dari sesuatu yang
menyakitkanmu dan ku rawat engkau kala sakitmu dan juga ku penuhi apa yang
kau mahu dariku bila aku mampu. Tapi jangan paksa aku bila aku tidak mampu melakukannya. Aku ingin kau memahami aku, yang juga ingin memahamimu sepenuh hati.
Aku, kamu dan kekurangan, fahamilah cintaku.
Inilah aku.. yang ingin mencintaimu, menyayangimu, membahagiakanmu dan melengkapimu.
Inilah aku dan perasaan cintaku..
Inilah aku dan surat cintaku untukmu..
Aku mencintaimu kerana Allah Azza Wa Jalla. ♥
*******
Sungguh bahagia insan yang telah menemui cinta
sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. menjadi
satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang
bibirnya basah akan lafaz cinta kepada RabbNya..
Barakallaahu fikum wa jazakumullah khair.. ♥