Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt...
Cemburu ku lihat Sang Pungguk memadu rindu dgn Sang Bulan. Cemburu ku lihat Sang Helang terbang berdua-duaan. Cemburu juga aku pada Si Belangkas yang hidup berkasih sayang. Tapi, aku terus kepiluan. Hawa yg diciptakan utk kaumku bukan lagi Hawa yg dulu.
Ku terbang bebas dalam duniaku. Ibarat Sang Helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur, berani....Ku ibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini. Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki. Ku terbang setinggi-tingginya meredah awan tanpa ada tembok yang membataskan, tanpa ada dinding yang menghalang. Tatkala sesekali, bayu kencang menerjah, ku terbang rendah.
Hawa
Bukan ku tewas dgn bayu nan kencang. Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan. Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat....ku tidak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku....Berat untukku menghadapinya dgn sayap kanan cuma. Kau tahu Hawa, aku jadi derita...
Hawa
Ku teruskan jua perjalanan dgn ketabahan. Ku bawamu bersama dalam kepayahan. Kau memarahiku kerana egoku. Kau leteri semahumu. Tanpa kau dengari kalamku. Andainya hilang ego lelaki, maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan. kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan.
Namun tatkala egoku menjadi egoisme, maka disitu aku perlukan teguran. Terbang dilangit tanpa batasan, sering ku terbabas, hilang arah dan panduan. Ku harapkan kritikan serta pesanan berpanjangan, agar ku tetap terbang di awanan, menjadi jaguh helang terbilang. Tapi tafakurku sejenak di pepohonan...
Hawa
Kau diciptakan indah, bukan daripada kepala utk disanjungi dan dipuja
bukan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya, tapi dari rusukku, dekat dgn dadaku untuk dilindungi, dekat pula dihati untuk disayangi dan dicintai
Hawa
Dulu, ku perlukanmu sbg teman yg berbudi. Menemani tugas beratku sbg khalifah dibumi. Kaulah cerminku yg sentiasa memuhasabah diri. Tapi kini, keindahanmu yg sering kupuja, kau salah erti..Kau tampil mghiburkan dunia dgn susuk tubuh yg menggiurkan.
Kaumku kekaburan. Matanya bertelanjang. Hatinya lemas ditelan keasyikan. Ah, memang kaumku suka mgambil kesempatan! Tapi kenapa kau jual dirimu bak barang pameran? di mana hilang malumu yg menjadi hias pakaianmu ?
Tidakkah kau tahu, tubuh montokmu jadi hidangan enak buat mata, tetapi racun pada jiwa. Aku bisa terhumban ke neraka kerananya, menipu daya dan panahan matamu untuk melemahkan iman.
Oh, Hawa...
Aku rindukan Hawa yg dulu
Malu, terjaga, terpelihara
Hawa..
Ku tahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok, perlu hati-hati untukku luruskan.
Lantaran itu ku datang bukan utk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki..bukan utk mengugut dgn paruh berbisa....Tapi supaya direnung bersama. Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.
Dengarlah bisikan, kasihku, sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu- sesuci Maryam, seteguh Aisyah, setulus Khadijah, setabah Fatimah...
Hawa,
Namamu indah, biarpun dimana, di segenap jiwa
Kaulah ibu, terukir kasih di paparan dada
Kaulah kekasih, dirindui saban ketika
Kaulah puteri, pengubat duka, penyejuk mata
Kaulah adik, pemberi semangat paling berguna
Kaulah mukminah, terukir indah di setiap mata
Ketahuilah Hawa,
Kau ku puja..
kerana dari rahimmu melahirkan kaumku yang berhati waja
kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku dengan terjaga
kerana kewanitaanmu teman hidup tempat cintaku berbicara
kerana kaulah ladang tanaman, taman nafsuku yang bergelora
Kerana kau adalah hiasan, paling indah dari dunia seisinya
Maka, kudatang padamu Hawa..
Membawa ubat dengan penuh cinta
Ubatilah dirimu
Agar kudapat terbang mengusai angkasa dan alam
Dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap
Agar bukan sahaja kudapat menongkah angin nan kencang
Bahkan sayapku kibar penuh bangga...
- ADAM-
nukilan :
- Dr. Fadzillah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Fatimah Syarha-