Monday, March 28, 2011

Bingkisan Doa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah,

andai benar satu hari akan kau serahkan diriku buat seorang Adam,

biarlah dia seorang yang punya fikrah yang kuat berdakwah,

yang tidak redha dengan kemaksiatan, yang lincah mentarbiyyah umat,

yang tidak langsung berlengah untuk menyerah harta dan jiwanya pada jalanMu,

yang tenaganya tidak sedikit pun berbaki untuk dia mengejar dunia,

yang hatinya tertaut pada masjid,

yang malamnya hidup untukMu dalam tahajud yang menyuci jiwa,

yang apabila aku memandang wajahnya, bertambah-tambah pujianku buatMu,

yang apabila melihat akhlaknya, melimpah-limpah kerinduanku pada KekasihMu,

dan tidurnya dalam dakap kitab suciMu kerana letih mentadabbur Al-Zikr,

yang bibirnya tidak sunyi dari lantunan zikir dan hafazan surah-surah penghibur hati,

yang apabila katanya penuh nasihat dan guraunya adalah sedikit

kerana gentar akan kematian yang bila-bila masa sahaja menjemput.

Amin Ya Rabbal 'Alaminn..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...