Sunday, November 17, 2013

Hikmah Penetapan Rakaat Solat 5 Waktu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Ketentuan rakaat solat lima waktu adalah sebagai berikut : Subuh dua rakaat, Zuhur (4), Asar (4), Maghrib (3) dan Isyak, 4 rakaat. Mengenai ketentuan atau ketetapan ini sudah tentu mengandungi hikmah dan ada rahsianya, sama ada ia diketahui oleh kita ataupun tidak.

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran professor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat. Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Wallahu a'lam.

Wassalam.

Sumber dari Sini :)

Monday, October 21, 2013

Lalala~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Cakk!! Sebenarnya, entri ni saje2 dibuat, sebab ade orang tu dah boring tengok tajuk kalori kat blog ni. Hihihi.. Tak ade benda nak cite. Cuma nak bagitau tu je. :P

Sejak akhir2 ni sibuk sikit. X berkesempatan sangat nak menjenguk blog ni. Minggu ni pun sepatutnye ade keje lg di hujung minggu, tapi awal2 dah tarik diri. Hujung minggu ni saye nak rehat. Asyik korbankan hujung minggu je kebelakangan ni, jadi hujung minggu ni xde can ok? Wanna have enough rest, biiznillah..

Ok la.. Sampai sini je kot. Moga bertemu lagi dengan entri yang jauh lebih berfaedah. Huhuhu.. InshaALLAH..

Ma'assalamah wa ilalliqa' ^_^

Wassalam..

Saturday, September 28, 2013

Cara Kira Keperluan Kalori Harian

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Seperti yang dijanjikan, untuk entri kali ini, saya akan kongsikan cara untuk kira kalori diperlukan oleh badan kita. Keperluan kalori yang diperlukan adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi, macam mana nak tau berapa kalori yang kita perlukan dalam sehari?

Satu formula asas kiraan yang paling mudah ialah dengan mendarab 25-30 kalori dengan berat badan kita.
Contohnya, untuk orang yang beratnya 80kg, cara kira ialah seperti ini :
80 kg x 25-30 kalori = 2,000 - 2,400 kalori
Tapi, formula ini hanya panduan asas sahaja. Pengiraan yang lebih tepat perlu mengambil kira faktor jantina, usia, ketinggian dan sebagainya.

Jom tengok cara pengiraan yang lebih tepat :


 
Kalau tak nampak, klik pada gambar ataupun save je la.. boleh tengok bila2 masa. Hehe.. :)

Sekarang dah tau kan macam mana nak kira keperluan kalori? Secara purata, keperluan kalori bagi kita di Malaysia ialah 2,250 kalori bagi perempuan dan 1,800 kalori bagi lelaki.

Alamak.. dah macam blog diet la pulak kan. Hee.. tujuannya, nak kongsi amalan pemakan sihat dan diet seimbang je. Ye lah, kan dah ramai sangat orang obesiti kat negara kita ni kan. Erm.. Ok la, rasanya sampai sini je kot untuk isu ni. Sape2 yang nak lebih sihat, bolehlah start kira kalori masing2. Hihi.. Tapi, untuk yang nak kuruskan badan secara sihat dan berkesan, boleh rujuk lebih detail lagi kat sini .

Sebelum mengundur diri, nak pesan sikit :
Amalkan pemakanan sihat ye. Bila badan sihat dan kuat, barulah mudah untuk kita beribadah dengan selesa dan tenang. Badan kita ni nak pakai lama. Allah dah bagi badan cantik2, takkan kita nak sia-siakan nikmat tu kan? Kena la jaga elok2. Betul tak?

Sampai di sini saja.. InshaAllah lain kali kita jumpa lagi.

Ma'assalamah wa ilalliqa'.

Wassalam..


Thursday, September 26, 2013

Jumlah Kalori Dalam Makanan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Sangat penting untuk kita yang sedang berdiet tahu jumlah kalori makanan yang kita ambil. Sebab, bila kita tahu kalori dalam setiap pemakanan kita, kita boleh hadkan pengambilan kalori tu untuk keperluan diet sihat. Kita juga boleh buat senaman atau aktiviti yang sesuai yang mampu membakar kalori yang kita ambil melalui makanan tadi. Jadi, tak lah kalori tadi bersemadi dan akhirnya menjadi lemak yang menghiasi badan kita.

Nak tau jumlah kalori dalam makanan kita? Jom baca..

SARAPAN PAGI

ROTI/BISKUT/KEK


1. Roti Kari Ayam (1 biji) - 204 kalori
2. Sandwich Sardin (1 biji) - 71 kalori
3. Roti Kaya/Kelapa (1 biji) - 219 kalori
4. Roti Kacang Merah (1 biji) - 223 kalori
5. Papadam (1 keping) - 26 kalori
6. Murtabak Daging (1 biji) - 722 kalori
7. Biskut Chip Coklat (4 biji) - 200 kalori
8. Kek Keju (1 potong) - 400 kalori
9. Roti Canai Kosong & Dhal (1keping+1/2 mangkuk) - 414 kalori
10. Karipap (2 biji) - 256 kalori
11. Capati & Kuah (1keping+1/2 mangkuk) - 166 kalori
12. Choo-cheong-fun (1 keping) - 236 kalori
13. Roti Kosong (1 keping) - 75 kalori

MEE/NASI

1. Kuay Teow Goreng + kerang (1 pinggan) - 743 kalori
2. Mee Goreng Mamak (1 pinggan) - 660 kalori
3. Mee Sup Udang (1 mangkuk) - 293 kalori
4. Laksa Kari (1 mangkuk) - 589 kalori
5. Lor Mee (1 mangkuk) - 383 kalori
6. Mee Rebus (1 mangkuk) - 556 kalori
7. Mee Hailam (1 mangkuk) - 277 kalori
8. Mee Sup Wantan (1 mangkuk) -217 kalori
9. Mee/Bihun Goreng (1 pinggan) - 510 kalori
10. Mee Wantan Kering (1 pinggan) - 409 kalori
11. Laksa Penang (1 mangkuk) - 436 kalori
12. Mee Sup (1 mangkuk) - 381 kalori
13. Nasi Lemak dengan sambal (1 pinggan) - 644 kalori

JEM/MENTEGA

1. Butter, Marjerin, Mayonis (1 s/k) - 45 kalori
2. Peanut Butter (1 sudu kecil) - 33 kalori
3. Kaya (1 sudu kecil) - 39 kalori
4. Jem Buah (1 sudu kecil) - 20 kalori

BUAH-BUAHAN

1. Anggur (8 biji) - 60 kalori
2. Langsat (10 biji) - 31 kalori
3. Jambu Batu ( 1/2 biji kecil) - 60 kalori
4. Mangga ( 1/2 biji besar) - 67 kalori
5. Durian ( 2 ulas sederhana) - 60 kalori
6. Pisang ( 1 biji sederhana) - 60
7. Epal Merah ( 1 biji) - 63 kalori
8. Tembikai ( 1 potong kecil) - 60 kalori
9. Betik (1 potong) - 56 kalori

LAIN-LAIN

1. Oatmeal kosong (1 mangkuk) - 225 kalori
2. Oatmeal & susu (1 mangkuk) - 356 kalori
3. Telur Rebus (1 biji) - 76 kalori

KUIH TRADISIONAL

1. Cucur Udang (1 biji) - 144 kalori
2. Vadai (1 biji) - 194 kalori
3. Donut (1 biji) - 268 kalori
4. Kuih Apam Balik (1 keping) - 282 kalori
5. Kek Kosong (1 keping) - 100 kalori
6. Pisang Goreng (1 biji) - 129 kalori
7. Kuih Koci/ Pulut Putih (1 biji) - 183 kalori
8. Kuih Talam Seri Kaya (1 biji) - 183 kalori
9. Popia Goreng (1 biji) - 91 kalori


MAKAN TENGAH HARI & MALAM

NASI/ BUBUR

1. Nasi Kosong (1 mangkuk) - 207 kalori
2. Nasi Briyani+ Kambing (1 pinggan) - 587 kalori
3. Nasi Minyak+ Rendang Daging (1 pinggan) - 664 kalori
4. Nasi Kerabu (1 pinggan) - 360 kalori
5. Bubur Kosong (1 mangkuk) - 182 kalori
6. Bubur Ayam (1 mangkuk) - 348 kalori

DAGING & MAKANAN LAUT

1. Ikan Kembong Goreng (1 ekor) - 219 kalori
2. Kari Kepala Ikan (1 pinggan kecil) - 288 kalori
3. Deep Fried Baby Sotong ( 1 pinggan kecil) - 630 kalori
4. Sambal Udang (1 pinggan kecil) - 194 kalori
5. Satay Ayam (10 cucuk) - 365 kalori
6. Kuah Satay (1/2 mangkuk) - 129 kalor
7. Rendang Daging (2 ketul kecil) -228 kalori
8. Kari Kambing (2 ketul kecil) - 287 kalori
9. Kari Ayam (1 ketul sederhana) -195 kalori

SAYURAN

1. Salad Kosong (1 mangkuk) - 100 kalori
2. Salad 'dressing' (1 sudu kecil) - 60 kalori
3. Sayur Goreng ( 1 pinggan) - 66 kalori
4. Sayur Lemak ( 1 pinggan) - 140 kalori

SUP

1. Sup krim (1 mangkuk) - 375 kalori
2. Sup Kosong Daging/ Sayur (1 mangkuk) - 200 kalori

LAIN-LAIN

1. Tauhu Stim (1 keping) - 102 kalori
2. Telur Goreng (1 biji) - 128 kalori


MAKANAN SEGERA

BURGER

1. Burger Daging (1 biji) - 317 kalori
2. Burger Keju ( 1 biji) - 341 kalori
3. Burger Keju+ Daging (1 biji) - 438 kalori
4. Hot Dog (1 biji) - 225 kalori
5. Sundae Coklat(1 cawan) - 380 kalori
6. Pie Epal (1 keping) - 260 kalori

PIZZA

1. Pepperoni Daging (1 keping) - 155 kalori
2. Daging, Ayam, Bawang (1 keping) - 242 kalori
3. Ayam & Nanas (1 keping) - 268 kalori
4. Bawang, Tomato & lain-lain (1 keping) - 149 kalori

PASTA & SPAGHETTI

1. Sos Daging & Keju (1 pinggan kecil) - 444 kalori
2. Kosong (1 pinggan kecil) - 169 kalori

AYAM

1. Ayam Goreng (1 ketul) - 290 kalori
2. Chicken Wing (1 ketil) - 166 kalori
3. Thigh (1 ketul) - 320 kalori
4. Mashed potato ( 1 mangkuk sederhana) - 87 kalori
5. Coleslaw (1 mangkuk kecil) - 62 kalori
6. French Fries (1 mangkuk kecil) - 290 kalori

SANDWICH

1. Tuna (1 set) -174 kalori
2. Ikan, Salad (1 set) - 328 kalori
3. Ayam, Salad (1 set) - 481 kalori
4. Ayam (1set) - 270 kalori

SNEK

1. Pasembur (1 pinggan) - 752 kalori
2. Agar-Agar (1 keping) - 37 kalori
3. Cendol (1 mangkuk) - 199 kalori
4. Bubur Chacha (1 mangkuk) - 165 kalori
5. Bubur Kacang Hijau (1 mangkuk) - 244 kalori
6. Yoghurt Rendah Lemak (150g) - 100 kalori
7. Ais Krim (2 scoops) - 105 kalori
8. Ais Kacang (1 mangkuk) - 258 kalori
9. Potato Chips (1 pek kecil) - 95 kalori
10. Keju diproses (1 keping) - 54 kalori
11. Almond/Cashew Nuts (6 biji) - 45 kalori


MINUMAN

1. Chinese Tea ( 1 gelas) - 0 kalori
2. Jus Segar, pemanis (1 gelas) - 120 kalori
3. Milo 'O' 2 sudu kecil (1 gelas) - 50 kalori
4. Air Kelapa (1 biji) - 110 kalori
5. Susu Soya (1 paket kecil) - 163 kalori
6. Tau Foo Far, 1 sudu kecil gula (1 mangkuk) - 144 kalori
7. Susu Rendah Lemak 3 sudu kecil (1 gelas) - 130 kalori
8. Susu Penuh Krim 3 sudu kecil (1 gelas) - 150 kalori
9. Ice Lemon Tea + 1 sudu gula ( 1 gelas) - 26 kalori
10. Air Bandung (1 gelas) - 150 kalori
11. Minuman Ringan (1 tin) - 120 kalori
12. Milo + pemanis (1 cawan) -133 kalori
13. Kopi 'O'/Teh 'O' (1 cawan) - 83 kalori
14. Teh Tarik (1 cawan) - 83 kalori

Bagaimanapun, jumlah kalori yang diperlukan oleh badan kita berbeza di antara satu sama lain. Boleh rujuk jadual ni sebagai panduan, tapi INGAT! Jadual ni bukan 100%  tepat ok?


Ok, rasanya sampai sini saja untuk kali ini. Next entry, kita kongsi tentang cara kira kalori yang diperlukan oleh badan pulak ye? Minta diri dulu.

Selamat mengamalkan diet sihat! :)
Wassalam..

Sunday, August 18, 2013

Kosong lagi..

Bismillah..

Assalamu'alaikum wbt..

Entah kenapa saya menyinggah ke sini sedangkan tiada apa2 yang mahu dicoretkan saat minda tak lagi mampu mengeluarkan idea saat ini.. Mungkin sekadar melepas rindu pada laman yang hanya sempat dijenguk sebulan sekali.
Duhai blogku yang sering terabai.. Andai saja ku punya banyak waktu bersamamu, pasti telah banyak kisah yang aku coretkan, telah banyak rencana yang aku kongsikan, telah banyak kata-kata yang berjaya aku luahkan. Namun masa mengekangku berbuat demikian lantaran ada tanggungjawab lain yang perlu aku utamakan..

Hurm.. bukannya saya tak rindu menulis. Tapi entahlah.. semakin hari blog ini seolah makin dilupakan. InshaAllah nanti, bila saya ada banyak kelapangan, hobi lama akan kembali menemani diri. InshaAllah.. Jadi utk entri ini, rasanya cukup setakat ini dulu. Semoga bertemu di lain waktu.

Wassalam..

**Dalam mood raya kah? Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin**



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...