Tuesday, September 6, 2016

Menjenguk

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Fuuhh... setahun lebih tak menjenguk blog ni, Berhabuk bersawang lebih daripada rumah hantu pulak rupa dia, hihihi. Betul2 tak ada kesempatan nak menulis. Ni pun saje menjengah sebab nak cek masih boleh bukak ke tak boleh dah, Hehehe.

Lain kali baru update betul2. Nak buat apa yg patut dulu. Daaa..

Wassalam.. :)

Wednesday, January 21, 2015

Usah Ditanya Lagi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sering ditanya, dan membuat mereka tertanya soal ini..

Kahwin? 
Ya.. jujurnya, itu antara to-do-list untuk tahun ini. Segala persiapan masih belum lagi dilaksanakan. Masih dalam perancangan.

Siapa?
Masih menjadi rahsia Ilahi. Benar, sudah ada calon yang mengisi hati. Namun, hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa untuk menentukan segalanya. Jika benar dia.. moga saat lafaz sakinah itu menjadi pertemuan kedua kami, kerana pertemuan pertama sudah berlaku saat dia datang bertemu dan memohon izin wali.

Orang Mana?
Yang pasti, dia orang dari bumi. Hehe.. Ok2, serius. Dia senegara tapi tidak senegeri.

Bila?
InshaALLAH.. sudah ada tarikh yang menjadi pilihan. Namun, masih dirahsiakan kerana ALLAH lebih tahu andai ada apa-apa perubahan.

Cukuplah ini sekadar jawapan. Satu saat yang tepat, inshaALLAH segalanya bukan lagi rahsia. Doakan sahaja moga ALLAH permudahkan segalanya. Allahumma Aamiin..

Jadi, usah ditanya lagi! ^_^
Jazakumullahu khair..

Wallahu a'lam.
Wassalam.

Friday, December 26, 2014

2014 Yang Bakal Ditinggalkan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sama ada sedar atau tidak, kita sudah semakin hampir ke penghujung 2014. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru 2015.

Dan.. sama ada kita sedar atau tidak, betapa banyak ujian yang ALLAH kirimkan buat kita dan buat Malaysia pada tahun ini. Isu pesawat hilang dan terhempas, serta bencana alam seperti kemarau dan baru-baru ini banjir besar, adalah antara perkara yang berlaku pada tahun 2014 di negara kita. Puting beliung juga sudah mula 'singgah' di bumi Malaysia pada tahun ini. Tidak perlu saya huraikan satu persatu kerana pasti semua sudah tahu. Saya sekadar ingin bertanya.. Sedarkah kita?

Apapun, usah sesekali melatah atau mengeluh bila ditimpakan ujian. Bukankah ujian itu tarbiyyah daripada ALLAH sebagai tanda kasih dan sayangNya kepada kita. ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Ambillah hikmah daripada setiap kejadian yang berlaku.


Bila diberikan ujian, di sinilah kita mengenal siapa diri kita yang sebenar. Orang yang kuat imannya, yang memahami siapa dirinya yang sebenar, walau seberat mana ujian yang datang, dia tetap akan tenang. Hatta maut sekalipun, dia terus akan tenang. Ini kerana dalam dirinya telah terbangun jiwa yang hebat. Rasa cinta yang begitu hebat untuk bertemu ALLAH. Segala ujian yang kita terima adalah sebuah persiapan untuk menguatkan jiwa kita menuju kepada cinta ALLAH. Indah bukan?

2014.. mungkin jadi tahun yang agak banyak mencoret kisah duka dalam hidup kita. Namun, jangan sedih.. itu bukan alasan untuk tidak meneruskan hidup seperti biasa. Dan dalam hidup yang biasa itu, jadikan iman kita 'luar biasa'. Jadikan ujian yang dilalui sebagai satu asbab untuk kita menjadi lebih tabah dan dekat di sisi ALLAH. Mungkin di sebalik apa yang berlaku, ada 'teguran' daripada ALLAH untuk kita. Mungkin ALLAH rindu dengan rintihan kita kepadaNya, maka diturunkan ujian agar kita selalu berdoa dan bermunajat memohon pertolonganNya, agar kita tidak terus jauh dariNya..

Tidak ALLAH jadikan sesuatu itu sia-sia. Bak kata Pencetus Ummah Johani, "Di sebalik sesuatu, ada sesuatu. Redha.. sangka baik." Ya.. Tentu ada hikmah di sebaliknya. Janji ALLAH itu pasti.

2015.. akan muncul jua. Jadikan 2015 sebagai permulaan untuk hidup yang lebih indah sebagai hamba ALLAH. Tinggalkan segala kemungkaran dan maksiat. Perbanyakkan amalan kebaikan. Teruskan mujahadah melawan nafsu. Teruskan usaha untuk mendekatkan diri kepada ALLAH yang Maha Satu. Moga di situ akan terbit rasa betapa indahnya hidup sebagai seorang hamba. InshaALLAH.


Sekian. Sekadar coretan hamba ALLAH yang hina di penghujung tahun 2014.

Wallahu a'lam.
Wassalam.

Friday, November 21, 2014

Kesibukan Dunia

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Semakin hari, terasa semakin singkat putaran waktu. November seakan baru menjenguk, namun hari ini sudah semakin hampir ke penghujungnya. Mengapa agaknya? Adakah kerana kesibukan menjalankan tanggungjawab harian membuatkan kita rasa begitu? Atau mungkinkah kita asyik membazir masa dengan perkara lagha, atau lebih teruk lagi terbuai dengan keasyikan indah duniawi sehingga mengetepikan ukhrawi?
Astaghfirullahal'aziim..
Imam al-Ghazali membahagikan keadaan manusia kepada 3 kategori:

1. Orang yang tenggelam dalam urusan keduniaan
2. Orang yang bertaubat dan mula bertaubat
3. Orang yang mengenal diri sendiri dan merasakan hayatnya akan berakhir

Golongan yang pertama ini tidak mengingati kematian. Jika diingati sekalipun, mereka hanya merasa sedih kerana mengenangkan diri yang akan meninggalkan harta kekayaan yang dimiliki, dan amat benci dengan kematian. 

Golongan yang kedua mereka sentiasa berada dalam keadaan cemas, takut dan bimbang akan kematian. Mereka akan menyempurnakan taubat dengan sebaik mungkin. 

Manakala golongan yang ketiga sentiasa mengingati mati setiap masa. mereka menunggu-nunggu saat kematian untuk bertemu dengan Allah seperti orang yang bercinta untuk bertemu dengan kekasihnya.
Jadi.. golongan yang manakah kita?

Saudara seagama yang dimuliakan.. jangan sesekali menjadikan kesibukan dunia sebagai alasan untuk meninggalkan tanggungjawab sebagai serorang hamba Allah SWT. Allah mengurniakan kita 24 jam sehari untuk kita gunakan dan bahagikan sebaiknya.

Kenapa Allah SWT bagi kita 24jam sehari? Supaya kita boleh bahagikan kepada :
  • 8 jam untuk bekerja/cari rezeki
  • 8 jam untuk beribadah/beriadah
  • 8 jam untuk tidur/berehat
Manusia yang bijak sepatutnya dapat memanfaatkan 24 jam sehari untuk 3 tujuan yang tersebut di atas. Namun sebenarnya, setiap perbuatan, pekerjaan atau pergerakan yang kita lakukan dengan niat kerana Allah SWT inshaAllah semuanya dikira sebagai ibadah. Bukankah Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang? Indahnya hidup sebagai hamba Allah jika kita benar-benar memaknai rasa kehambaan itu dalam erti kata yang sebenarnya bukan?


Sebenarnya, saya hanya memanfaatkan sedikit waktu rehat ( lunch hour ) untuk menulis entri kali ini. Jadi, rasanya cukup sampai di sini dahulu. InshaAllah, moga Allah izinkan kita untuk bertemu lagi dalam entri yang akan datang. Salam sayyidul ayyam, dan selamat beribadah..

Wallahu a'lam.
Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...