Wednesday, February 16, 2011

Ungkapan Berhikmah Abu Bakar As-Siddiq


Bismillahirrahmanirrahim..
 
Assalamu'alaikum wbt...
 
Sesungguhnya berdiri iblis di depanmu,

jiwa berada di sebelah kananmu,

nafsu disebelah kirimu, dunia berada di belakangmu,

semua anggota tubuh berada di sekitar dirimu,

sedangkan Allah ‘Azzawajalla berada di atasmu.

Maka menghasutlah iblis laknatullah kepadamu agar meninggalkan agama mu,

jiwa mendorong mu ke arah maksiat,

nafsu mendorong mu agar memenuhi tuntutan syahwat,

sedang dunia mengajak mu agar memilihnya dari akhirat,

anggota tubuh mu meminta agar kamu melakukan sebanyak mungkin dosa,

dan Allah menghendaki kamu supaya memasuki syurga

serta mendapatkan keampunanNya.

Sesiapa yang memenuhi pelawaan iblis

maka hilanglah agama dari dirinya,

Sesiapa yang menuruti ajakan jiwanya

maka hilanglah darinya nilai nyawanya,

Sesiapa yang mengikuti tuntutan nafsunya

maka hilanglah akal dari dirinya,

Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia

maka tiadalah lagi akhirat untuknya,

Sesiapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya

maka hilanglah syurga untuk dirinya,

tetapi sesiapa yang memenuhi pelawaan Allah ‘Azzawajalla,

maka sesungguhnya akan hilanglah pada dirinya semua kejahatan

serta dia akan memperolehi segala kebaikan..


Renung2kanlah..

Wassalam..


Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H

Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamu'alaikum..

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ni, apa kata kalau saya berkongsi sedikit sebanyak tentang nabi junjungan mulia kita, Nabi Muhammad SAW. 

BIODATA RASULULLAH S.A.W.

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 M (Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah . Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. 
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim 
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah  (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
    Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
    USIA 6 TAHUN
    Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
    USIA 8 TAHUN
    Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
    USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
    Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan.. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
    USIA 20 TAHUN
    Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
    USIA 25 TAHUN
    Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Ma isa rah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
    USIA 35 TAHUN
    Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
    USIA 40 TAHUN
    Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
    USIA 53 TAHUN
    Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
    USIA 63 TAHUN
    Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

    ISTERI2 RASULULLAH SAW 
    1. Khadijah Binti Khuwailid. 
    2. Saudah Binti Zam'ah.
    3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
    4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
    5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. 
    6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
    7. Zainab Binti Jahsy
    8. Maimunah Binti Harith
    9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
    10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin' ; Ibu Orang Miskin). 


    ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
    1. Qasim
    2. Abdullah 
    3. Ibrahim 
    4. Zainab 
    5. Ruqaiyah 
    6. Ummi Kalthum 
    7. Fatimah Al-Zahra '
    ANAK TIRI RASULULLAH SAW

    Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


    Setakat ini dulu buat kali ini. Selamat membaca dan menghayati.

    Wassalam.. 
     
    Sabda Rasulullah SAW: 

    "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." 
    (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

    "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." 
    (An Nasai & Ibnu Hibban) 


    Jom berselawat banyak2 untuk baginda Rasulullah Habiballah.
      
     اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلّم

    Thursday, February 10, 2011

    Uniknya Matematik

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalamu'alaikum wbt...


    Hehe.. hari ni saya nak kongsi sesuatu yang menarik dengan pembaca tentang Matematik. Biasanya, bila dengar perkataan Matematik, kita selalu terbayang nombor dan pengiraan kan. Tahu tak di sebalik nombor-nombor yang kita kira tu, ada sesuatu di situ. Jom3. kita tengok, apa yang unik dengan matematik ni.

    Cuba kira sama-sama :

    1 x 8 + 1 = 9
    12 x 8 + 2 = 98
    123 x 8 + 3 = 987
    1234 x 8 + 4 = 9876
    12345 x 8 + 5 = 98765
    123456 x 8 + 6 = 987654
    1234567 x 8 + 7 = 9876543
    12345678 x 8 + 8 = 98765432
    123456789 x 8 + 9 = 987654321

    1 x 9 + 2 = 11
    12 x 9 + 3 = 111
    123 x 9 + 4 = 1111
    1234 x 9 + 5 = 11111
    12345 x 9 + 6 = 111111
    123456 x 9 + 7 = 1111111
    1234567 x 9 + 8 = 11111111
    12345678 x 9 + 9 = 111111111
    123456789 x 9 +10= 1111111111

    9 x 9 + 7 = 88
    98 x 9 + 6 = 888
    987 x 9 + 5 = 8888
    9876 x 9 + 4 = 88888
    98765 x 9 + 3 = 888888
    987654 x 9 + 2 = 8888888
    9876543 x 9 + 1 = 88888888
    98765432 x 9 + 0 = 888888888

    Bijak kan?

    Dan cuba tengok pula pada kiraan di bawah:

    1 x 1 = 1
    11 x 11 = 121
    111 x 111 = 12321
    1111 x 1111 = 1234321
    11111 x 11111 = 123454321
    111111 x 111111 = 12345654321
    1111111 x 1111111 = 1234567654321
    11111111 x 11111111 = 123456787654321
    111111111 x 111111111=123456789 87654321

    Menarik tak? Cuba tengok yang ni pulak..

    Kita lihat dari sudut matematik..

    Dalam hidup kita, apa yang bernilai 100%?

    Di sini ada sedikit formula untuk membantu kita menyelesaikan soalan.

    Andaikan jika

    A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

    Diwakili oleh nombor

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

    Jadi:

    H-A-R-D-W-O- R- K bernilai

    8+1+18+4+23 + 15+18+11 = 98%

    Dan:

    K-N-O-W-L-E- D-G-E bernilai

    11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

    Tetapi:

    A-T-T-I-T-U- D-E bernilai

    1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

    Kemudian:

    L-O-V-E- O-F-G-O-D bernilai

    12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

    Kesimpulannya di sini:

    Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It’s the Love of God that will put you over the top!
     
    Faham kan?

    Dan.. ini pun menarik juga..

    L-O-V-E bernilai 54%

    dan

    F-R-I-E-N-D-S-H-I-P bernilai 108%

    Nampak sesuatu tak?

    Yezza.. Nilai Friendship 2x ganda lebih besar daripada nilai Love.

    Fikir-fikirkanlah ok? (^___^)

    Eh jap.. Kenapa yang dikira cuma perkataan Bahasa Inggeris?

    Sebab.. susah sangat nak cari perkataan BM yang menepati nilai yang dicari. Hehe..  Selamat mengira!!

    Wassalam..

    Kesabaran

    Bismillahirrahmanirrahim.
    .
    Assalamu’alaikum wbt..

    Sabar adalah menahan diri dan membawanya kepada yang dituntut oleh syara’ serta menghindarinya dari yang dilarangnya. Jadi sabar ialah suatu kekuatan daya yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan. Disamping itu sabar adalah suatu kekuatan atau daya yang menghalangi seseorang untuk melakukan kejahatan.

    Imam Ghazali dalam perkara ini menjelaskan:
    “Sabar ialah tetap tegaknya dorongan agama ketika berhadapan dengan dorongan hawa nafsu. Dorongan agama ialah hidayah Allah kepada manusia untuk mengenal-Nya, Rasul-Nya serta untuk mengetahui dan mengamalkan ajaran-Nya serta perkara-perkara yang berkenaan dengan akibatnya. Sabar iaitu sifat yang membedakan manusia dengan binatang dalam hal menundukkan hawa nafsu. Sedangkan dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang meminta dilaksanakan.”
    Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti:

    1. Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu anggota tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, rasa tidak aman dan lain-lain.

    2. Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya.

    3. Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.

    Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana:

    a. Hasil undangan dan kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia ini oleh Allah sebagai pembalasan langsung dan dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda kasih sayang-Nya untuk menghapus dosa kedurhakaannya di dunia ini dan ia akan keluar dan dunia ini dalam keadaan suci bersih. Kemungkinan lainnya ialah untuk meninggikan martabatnya, baik di dunia mahupun akhirat, iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapatkan hukuman.

    b. Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus dirundung malang , dan nanti akan diganti di akhirat dengan rahmat dan keredhaan-Nya.

    Apabila seseorang itu menghadapi cubaan dan penderitaan itu dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan cara yang sebaik-baiknya, tidak mengeluh, tidak gelisah dan sebagainya, maka Allah SWT pasti akan memudahkan baginya urusan hisabnya di hari akhirat. Allah akan segera membalas segala pahalanya, memberkati kehidupannya sehingga timbangannya tidak berat kepada kejahatan, tetapi akan berat kepada ketaatan dan pahala, yang kesudahannya akan masuk syurga. Begitu juga Allah SWT tidak akan memberikan buku catatan amalnya serta membukakan rahsianya dihadapan orang ramai.

    Dalam keterangan yang lain pula di jelaskan bahawa sabar itu ada lima macam, iaitu:

    1. Sabar dalam beribadah, ialah tekun mengendalikan dan melaksanakan syarat-syarat dan rukunnya.

    2. Sabar ketika di timpa malapetaka atau musibah, ialah teguh hati ketika ditimpa musibah (cubaan atau ujian) baik yang berbentuk kemiskinan, kematian, diserang penyakit dan sebagainya.

    3. Sabar terhadap kehidupan dunia, ialah sabar terhadap tipu daya dunia, tidak terlalu terpaut terhadap kenikmatan hidup di dunia ini dan tidak menjadikan kehidupan dunia sebagai tujuan, tetapi hanya sebagai alat untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yang kekal.

    4. Sabar terhadap maksiat, ialah mengendalikan diri supaya tidak berbuat maksiat. Sabar terhadap maksiat ini bukan sahaja berkenaan dengan diri sendiri, tetapi juga berkenaan dengan diri orang lain. Iaitu berusaha supaya orang lain juga jangan sampai terjatuh ke jurang kemaksiatan, dengan melakukan amal ma’ruf nahi mungkar (mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegahnya dan perbuatan yang salah serta buruk).

    5.Sabar dalam perjuangan, ialah menyedari sepenuhnya bahawa setiap perjuangan mengalami masa pasang surut, masa menang dan masa kalah.Sedangkan sabar dalam bentuk rohaniah itu terbagi pula kepada beberapa macam:

    a. Iffah, iaitu sabar menahan nafsu dan syahwat.

    b. Tasamuh, iaitu menahan diri dan lapang dada dalam menghadapi lawan.

    c. Kitman, iaitu menahan diri dan memelihara rahsia, baik rahsia sendiri mahupun rahsia orang lain apa lagi rahsia suami sendiri.

    d. Zuhud, iaitu menahan diri dan godaan keduniaan dalam usaha memperoleh kebahagiaan di akhirat.

    e. Qana’ah, iaitu menahan diri dan hidup berlebih-lebihan dan merasa puas dengan kehidupan yang sesuai dengan hasil usaha.

    Wallahu’alam..


    Assobru minal iman.. Jadi, banyak2 lah bersabar ya? (^_*)

    Wassalam..

    Serikandi Ummah

    Bismillahirrahmanirrahim…

    Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH, Menjalin agung sebuah cinta, Menafkahkan hartanya pada Fisabilillah, Aku ingin sezuhud FATIMAH, Akur tanpa jelak setiap perintah, Aku mengagumi dan mahukan kejayaan, Gedung ilmu SITI AISYAH, Aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR, Mengendong puteranya yang masih merah, Di padang pasir yang merekah, Bukannya wanita penggoda, Fitrah dari sejarah SITI ZULAIKHA, Pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH, Tenggelam asyik dalam nikmat Ubudiyah, Biar tersingkap segala hijab, Dua cinta takkan berpadu dalam satu hati, Lantas ku serah cinta suci ini pada satu perjuangan, Bagai cekalnya hati ZAINAB AL GHAZALI, Terluka terseksa terhina terpenjara, Terkurung jasad di celahan janji kaku, Teguh istiqamah menjunjung akidah dakwah, Demi Islam bukannya menyerah galang gantinya, Atau setidaknya aku impikan hidup semulia MARYAM, Berteman pena menongkah kepayahan, Ruh jihad perlu disemarakkan, Dan biarlah aku yang menyemarakkan obornya, Aduhai..meskipun aku hanyalah perawan, Yang jiwanya tak sekental ASMA, Belum teruji dengan deraian airmata ATIQAH, Tak mampu tersenyum bagai KHASA yang tabah.. Terpanggang gagah bagai harumya pusara MASHITAH… Yang rela mati dalam keunggulan iman, Namun relalah aku… Relalah aku menjadi sayap kiri perjuangan, Kan ku teguh menatang amanah ini, Mewarisi kegemilangan SERIKANDI UMMAH, Hanya kerana Islam merindui, Kemunculan peribadi Mukminah, Muslimah Mujahidah,  Jika ISLAM itu kan ku daulatkan…

    “tanpa WANITA lelaki lemah…”

    Wassalam..

    Rahsia Solat 5 Waktu

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalamu’alaikum wbt..

    Nak tau tak?

    Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Jom kita baca..

    SUBUH

    Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

    Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

    Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

    ZOHOR

    Warna alam seterusnya berubah ke warna HIJAU (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

    Warna KUNING ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

    ASAR

    Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

    MAGHRIB

    Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

    Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 

    ISYAK

    Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

    Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna PUTIH, MERAH JAMBU dan seterusnya UNGU di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

    Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

    Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

    Wallahu'alam.



    “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya.” (An-Nisaa’ : 103)

    “Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar” (Al Ankabut : 45)

    Renung2kan dan selamat beramal ya.. (^_*)

    Wassalam..

    9 Mimpi Rasulullah SAW

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalamu'alaikum wbt..

    Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

    “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
    1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

    2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDHU’NYA YANG SEMPURNA.

    3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

    4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSYU’ DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

    5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

    6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

    7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.

    8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

    9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


     SABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU WALAUPUN HANYA SATU AYAT”

    Wassalam..

    Warkah Buat Adam

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalamualaikum wbt..

    Kakiku melangkah lemah, membawa diriku ini yang kian goyah, terumbang-ambing ditiup arus modenisasi dunia yang serba canggih mengikut masa. Entah ke mana hendak dibawa kaki ini. Ke sana tidak kena, ke sini tidak pasti, fikiranku kaku, serba tidak tahu..

    Sunyi kota di malam hari ku tatap dengan mata yang jemu. Entah kenapa, malam ini tidak seperti malam yang selalu yang ku lalui dengan gembira dan berseronok dengan apa yang aku ada, bersama-sama rakan-rakan yang otaknya ‘gila’ seperti aku.

    Entah kenapa, hmmm….(melepaskan keluh yang maha berat) seperti yang ku katakan tadi. Segalanya ku pandang jemu.
    .
    Arrgggh!! Apa ni? Apa maksud perasaan ku ini??

    Ku pandang langit, mencari rembulan, mungkin ia dapat memberi jawapan. Sepi.. Ku pandang bebintang terang, mungkin di situ jawapan kan datang. Sunyi… Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan kepada ku. Perasaan ku gundah dan resah, mendesah mencari ketenangan yang tak pernah kunjung tiba.

    Ku renung jauh menembusi kegelapan malam. Kala itu datang kembali kata-kata yang menghenyak hati ini atas sehelai warkah putih. Aku menyerah diri, kepada bait-bait indah yang menjunam keras hati ini..



    Ku tulis warkah ini hanya untukmu, Insan yang bakal bergelar suami..
    “Wahai adam, kaulah bakal pemimpin kami, kaulah yang akan membentuk diri kami, menjadi seketul permata putih, atau seketul batu keras, yang kan membakar dirimu kembali..

    Ketahuilah wahai adam, Nabi telah bersabda kepada kita umatnya, mencari pasangan hidup berdasarkan 4 perkara. kecantikan wajahnya, harta yang ada padanya, nasab keturunannya dan agama yang menjadi pegangannya, kerana ia akan menjamin bahagia….

    Wahai adam, kau Insan yang akan bergelar suami..,

    Andai kau melihat pada kecantikan yang ada pada diri ini, ketahuilah, ia takkan kekal selamanya, kerana wajah indah ini akan tua, saat itu wajah indah diganti dengan wajah tua yang berkedut, apakah ketika itu kau akan melihat lagi pada diriku?

    Andai kau melihat pada harta yang ada, ketahuilah, ia tidak akan kekal juga, berkurangan selepas diguna, dan apabila harta itu habis dimamah masa, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?

    Dan… Andai kau melihat pada nasab keturunanku, ketahuilah, iman tidak mungkin diwarisi kerana iman perlu kita cari, kita kaji dan semai dalam diri, ada yang nasabnya tidak seindah yang disangka, tetapi dirinya, Subhanallah.. menjadi contoh tauladan pada semua. Andai diriku tidak seindah seperti nasabku yang indah pada matamu, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?

    Akhirnya agamalah pilihan utama, kerana aku mungkin tidak berwajah Cik Dunia (Miss World), dan aku bukanlah seorang hartawan dengan harta yang berjuta, aku juga bukanlah anakanda atau cucunda seorang raja yang hebat keturunannya. Tapi sekurang-sekurangnya aku yakin, andai kau melihat pada agama yang ada padaku, akan ku serahkan segala yang ada padaku, untuk kau gunakan dalam perjuanganmu, kerana aku yakin, kau takkan mensia-siakan pengorbananku wahai bakal suamiku….”

    Tetapi.. apakah dirimu begitu? Sudah sempurnakah agamamu untuk membimbingku? Sudah kukuhkah pendirianmu untuk berpegang kepada syariat Allah dan ajaran Sunnah RasulNya? Apakah kau yakin kau kan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia bukan sahaja di dunia, bahkan kekal hingga ke syurga menanti??

    Kerana bukannya kecantikan, harta dan keturunan yang aku lihat pada dirimu. Mahupun kesempurnaan ilmu agama yang kukuh, cukup bagiku kau berusaha untuk mendalaminya, membuatkan diri ini terasa sudah bersedia. Bersedia untuk dibimbing oleh dirimu sebagai ISTERI kepada dirimu, LELAKI YANG BERGELAR SUAMI…”
    Wassalam..

    Oleh : Abu Hariz

    Dipetik dan diubahsuai daripada artikel “Ku insafi diri ini” di laman web www.iluvislam.com

    7 Golongan Dinaungi Allah SWT

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalamu'alaikum wbt..

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

    “Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
    (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

    Huraian

    1.
    Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya. Tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

    2.
    Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia sebegini (muda) seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa.
    Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

    3.
    Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah) Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah. Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

    4.
    Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

    5.
    Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan. Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

    6.
    Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.

    7.
    Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.


    Wassalam..

    Wednesday, February 2, 2011

    Setiap Wanita itu CANTIK..

    Bismillahirrahmanirrahim…

    Assalamu'alaikum wbt..

    Allah berfirman :

    Muslimah“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

    “Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakanyang seringkali datang dari anak-anaknya.”

    “Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

    “Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

    “Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya & melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

    “Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

    “Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

    “Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.”

    :: Setiap Wanita itu Cantik… Alhamdulillah… ::

    Wassalam..

    Antara CINTA dan RASA

    Bismillahirrahmanirrahim…

    Assalamu'alaikum wbt..

    Rasa bukan bermakna cinta. Ada ketikanya kita perlu rasional dengan diri kita sendiri. Apabila orang sudah nyata rasa menyampahnya pada kita, itulah waktunya untuk kita melangkah pergi. Kita boleh bertahan pada rasa kita, tetapi kita juga perlu sedar rasa dia pada kita. Setelah dia menyatakan betapa dia tidak memerlukan kita lagi dalam hidupnya, itulah masanya untuk melangkah pergi.

    Anda boleh bertahan pada cinta agung, tetapi kecintaan agung tiada ertinya tanpa penyambut. Cinta agung itu bermaksud dua insan satu rasa. Anda mencintainya dan dia juga mencintai anda. Saling memerlukan, saling memahami, saling memberi dan menerima, saling mengucap kata-kata indah, saling mengerti dan saling rasa diperlukan. Itulah cinta. Tanpa detik-detik seperti ini ia bukanlah cinta.

    Usah keliru dengan perhatian yang diberikan. Itu biasa. Cinta berbeza dan ia berkait soal hati. Apabila cinta telah berputik ia ada rasa yang sukar diungkap, sukar dimengerti dan sukar dikembalikan kepada asal dan ia bersambut. Jika tidak disambut ia bukan cinta tapi sekadar rasa.

    Rasa dirasai oleh semua orang. Para peminat artis mempunyai satu rasa tapi bukanlah cinta. Maka itu, para peminat masih terkawal dan memuja dari jauh. Meskipun tanpa sambutan mereka tetap meminati. Berbeza dengan cinta, apabila tidak bersambut ia sangat menyakitkan. Dengan rasa maka terdetiklah rasa sayang antara seseorang dengan seseorang. Itu pun belumlah cinta namanya. Cinta adalah langkah terakhir dalam rentetan perasaan. Selagi belum mendapat maklum balas yang diistilahkan sebagai mukadimah cinta, usahlah menggunung cinta di hati, kelak anda kecewa melihat dia hanyalah rasa sedangkan anda telah cinta.

    Kita boleh ada rasa pada sesiapa sahaja. Ia biasa pada semua orang. Jika anda seorang pelajar dan ada rasa pada guru atau pensyarah, itu biasa dan bukanlah salah. Anda boleh rasa pada perdana menteri, ia bukanlah pelik sebab kita memang mudah mempunyai rasa pada siapa-siapa yang kita kagumi. Anda perlu lakukan sesuatu untuk mengetahui apakah rasa yang anda rasa juga rasa yang dia rasa. Jika anda tiba-tiba berasa rindu lalu menghantar SMS, tidak lama kemudian anda mendapat balasan, itu mungkin menggambarkan ada rasa yang sama-sama berputik. Anda boleh terus menguji, tapi awas kadang-kadang anda akan teruji dan teruja.

    Proses hingga cinta dapat disemai adalah satu proses yang panjang dan berliku. Kadang-kadang ia berduri dan tajam bagai sembilu. Sebelum satu-satu cinta dapat dinikmati bersama, anda akan berdepan dengan pelbagai cabaran. Memanglah, kadang-kadang sesuatu yang manis di hujungnya cukup pahit pada awalnya. Beruntunglah orang yang dapat membina cinta pada pandangan pertama. Mereka adalah orang yang sangat bertuah sebab cinta bukanlah suatu benda tapi perasaan penuh ilusi, tersembunyi di balik kata-kata, tindakan dan pendirian.

    Jika anda mendapat cinta tanpa perlu bersusah-payah ketahuilah jambatan anda mungkin lurus dan pendek. Ada orang jambatan cintanya panjang dan berliku serta banyak lubang. Dia selalu terjerumus sebelum sampai ke penghujung. Jika anda ada rasa dan mahu ia berakhir sebagai cinta, maka, duga, uji, ramal dan buat persepsi hingga anda yakin rasa itu turut dimilikinya. Jika anda merasakan rasa itu turut ada di hatinya, maka terus pupuk hingga timbul sayang dan cinta. Jika anda ragu-ragu, kurang percaya dan sekali sekala teruja dan teruji, maka serahkan kepada TUHAN yang mampu mengubah hati.


    Lakukan sembahyang hajat dan mohon ALLAH letakkan hati anda dalam hatinya. Niatkan untuk ke jinjang pelamin dan berdoalah selalu,
    “Ya ALLAH, andainya dia baik untuk aku demi duniaku dan akhiratku, maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dalam perkahwinan, andainya dia tidak baik untuk aku demi duniaku dan akhiratku, maka pisahkanlah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam.”
    Selamat bercinta untuk cemerlang bukan bercinta untuk temberang dan tembelang.

    Oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

    :: Tiada cinta seagung cinta Illahi.. Subhanallah… ::

    Wassalam..

    Tentang Cinta

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalamu'alaikum wbt..

    Fitrah Yang Menjadi Fitnah

    Remaja dan cinta – dua perkara yang bagaikan sudah sebati. rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa “ajaib” itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya.

    Sedemikian indah dan damainya syurga, namun NabiAdam a.s. berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakanSiti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintai.

    Rasa Cinta Tak Salah

    Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.

    Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah.Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

    Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.

    Begitulah hubungan cinta cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita, jangan sekali-kali bermain api cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah.Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

    Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak pelanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari dari cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya, Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?







    Pohon Cinta Terlarang

    Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta yang terlarang.Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram.Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itupun banyak yang berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan -bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

    Peraturan cinta bagi tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya.Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah.

    Sehubungan dgn itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah. Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar utk bersuka-suka. Lebih buruk lagi jgnlah ada niat-niat yg jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan.Jika tidak ada niat utk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yg akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini seburuk namanya- Cinta Monyet!

    Putus Cinta

    Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yg dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas,tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jgn sampai terjerumus dalam perkara yg melalaikan dan merugikan.Maka, remaja tidak senarusnya mengeluh , “Cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta,sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?” Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa bercinta yg begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yg disangka baja ini.Justeru banyaklah cinta yg gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

    Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dgn rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya,cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.



    :: Jaga Iman, Hiasi Amal ::

    ~Unknown Source~

    Wassalam

    Hati ini..

    Bismillahirrahmanirrahim…
     

    Bila hati diserah kepada Allah,
    Tiada resah tiada gelisah,
    Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah,
    Hilang rasa gundah hidup rasa indah…
    Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa,
    Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba…
    Pergilah duka,
    Hapuslah kecewa..
    Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba,
    Di dunia ini dan di akhirat sana,
    Dengan syarat Iman dan Taqwa,
    Kukuh disemai dan tersemat di jiwa,
    Amal soleh bukti setia,
    Seorang hamba kepada Rabbnya…

    Wassalam..

    Malu..


    Bismillahirrahmanirrahim..
    Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
    Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
    Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
    Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

    Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
    Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
    Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
    Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

    Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
    Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita  agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
    Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
    Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. 
    JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA.
    Selalu mengingatkan dengan kata “TAKUTLAH AKAN ALLAH !”

    Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
    Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
    Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
    Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

    Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
    Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.
    MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
    MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
    MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
    MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
    MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
    MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu

    Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar wal mungkar!!!



    "In nasolatatanha anil fahsyaar iwal munkar” 
    Maksudnya: Sesungguhnya solat tu dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. 
    Wallahua’alam bissawab.

    Wassalam

    Tips Memilih Pasangan (Untuk Wanita)

    Bismillahirrahmanirrahim…

    Assalamu'alaikum wbt..

    Lelaki Bagaimanakah yang Anda Mahukan?
    Oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

    Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain. Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi?

    Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami.

    Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan. Jika anda mendapat lelaki yang okey segala segi, anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan.

    Tetapi jika anda mendapat lelaki yang tidak okey segala segi, ibarat anda telah menghampiri ‘neraka dunia’. Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:

    1. Bagaimana agamanya

    Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik. Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.

    2. Bagaimana dia melayani ibu bapanya

    Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan. Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.

    3. Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda

    Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan ‘tidak boleh’ sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri.

    Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.

    4. Bagaimana keluarga melayaninya

    Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.

    5. Siapa sahabatnya

    Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia mungkin juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.

    6. Apakah kegiatan hidupnya

    Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya.

    Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.

    7. Lihatlah diri anda sendiri

    Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman..

    fikir2kanlah.. Wallahu’alam..

     Wassalam...

    Tiga Tahap Hati

    Bismillahirrahmanirrahimm..



    SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:

    1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.

    Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya.

    Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan.

    Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan.

    Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya:
    “Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).” (al-Lail:5-7)
    Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari ‘misykat rububiyah’ sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.

    Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah.

    Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud:
    “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (ar-Ra’d)
    2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.

    Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.

    Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.

    Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.

    Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.

    Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.
    Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.

    Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.

    Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud:
    “Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?
    Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.” (al-Furqaan: 43-44)
    3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.

    Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.
    Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.

    Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.

    Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.

    Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu’iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.

    Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.


    Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/

    Wassalam.. 

    Panduan Menghadapi Tekanan

    Bismillahirrahmanirrahimm..

    Assalamu'alaikum wbt..

    ORANG cemerlang ialah orang yang berjaya menguruskan kehidupannya dengan baik, dapat mengatasi masalah dan menghadapi tekanan dengan tabah. Malah, bagi golongan ini kesilapan dijadikan iktibar, manakala kegagalan dipandang positif sebagai pendorong mencapai kejayaan.

    Tetapi bagi sesetengah pihak, rintangan dan tekanan hidup dianggap masalah yang tidak berkesudahan, menyebabkan semakin difikirkan bertambah kusut fikirannya. Bahkan, sekiranya tekanan dan masalah itu tidak ditangani dengan baik akan memberikan kesan lebih buruk.

    Bagi orang Islam, sejauh mana seseorang itu mampu bertahan dengan tekanan, selagi itulah ganjaran pahala yang diperolehnya.

    Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati. Hati yang lemah menyebabkan hubungan dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup sempit kerana tidak menemui jalan keluar terhadap setiap masalah.

    Hati akan berasa bahagia apabila dekat dengan Allah. Sebaliknya hati akan sengsara apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan lalai daripada mengingatinya.

    Dalam menghadapi tekanan atau stres secara umumnya mengikut kaca mata Islam ada beberapa panduan, iaitu:

    * Membaca al-Quran, di samping memahami maknanya. Al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al-Quran seseorang dapat menenangkan hati, fikiran dan jasmani.

    * Banyak bertaubat dan istighfar. Bertafakur mengenang dosa, merenung mengenai diri terhadap segala nikmat yang Allah berikan kepada kita.

    * Mendekatkan diri kepada Allah, mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Contohnya tidak meninggalkan solat wajib, malah turut melakukan solat sunat dan selalu mengingati Allah dalam setiap ketika.

    * Bersedekah. Harta menyebabkan jiwa tertekan dan memberi sedekah itu kerana Allah dapat memberikan ketenangan. Sedekah lebih bermakna ketika seseorang itu berasa sangat sayang (bakhil) terhadap hartanya. Orang yang bakhil sentiasa disempitkan hati dan akhlaknya oleh Allah kerna mereka berkira dengan kurniaan Allah.

    * Bijak mengurus. Seseorang itu harus bijak dalam menguruskan masa, tenaga, keutamaan dan aset yang ada. Bahkan Allah mengingatkan kita mengenai beban kerja dan tanggungjawab itu perlulah sepadan dengan kemampuan kita, Kita diajar supaya berdoa daripada kerja berlebihan yang tidak mampu ditanggung.
     
    * Bersangka baik kepada Allah. Kita hendaklah berbicara dan berkata dengan positif serta penuh pengharapan kepada Allah. Ini kerana setiap lafaz diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah.

    * Tawakal, iaitu berserah diri kepada Allah. Menyerah sesuatu perkara itu kepada Allah selepas berusaha sedaya upaya adalah sikap yang sangat baik. Seseorang itu harus menyedari Allah yang mengurniakan rezeki, kekuatan, keinginan dan badan yang sihat bagi hamba-Nya berusaha meneruskan hidup di dunia ini.

    Wallahu'alam..

    Untukmu Hawa

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalamu’alaikum wbt..



    HAWA..
    Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
    Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
    Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga tidak gentar memperjuangkan Ad-Deen ALLAH..

    HAWA…
    Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu,
    Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yg baik untuk lelaki yang baik.
    Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki bukan muhrim, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
    maka lahirnya senyuman dan tercetusnya salam serta sekaligus disusuli dengan pertemuan

    HAWA..
    Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
    Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
    Lelaki yg warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuan menggoncang iman lelaki.
    Tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan pegangan agamanya.
    Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
    Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan perempuan yakni sebuah perkahwinan..

    Oleh itu HAWA..
    Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu.
    Andai ditakdirkan tiada cinta dari ADAM untukmu,
    cukuplah hanya cinta ALLAH memenuhi kekosongan jiwamu..

     Wassalam..

    Tuesday, February 1, 2011

    11 Jenis Manusia Didoa Malaikat..

    Bismillahirrahmanirrahim...

    Assalamu'alaikum wbt...

    PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

    Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

    Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

    Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

    Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

    1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

    2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

    3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

    4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

    5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

    6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

    7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

    “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

    Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
      
    8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
    .
    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

     9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

    10. Orang yang sedang makan sahur.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

    11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

    Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

    Sumber : Ad Din Harian Metro

    Wassalam..

    Qanaah

    Bismillahirrahmanirrahim...

    Assalamu'alaikum wbt..

    QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.

    Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti. Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.
    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    “Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
    Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata,

    “Orang yang bijaksana itu mengurus urusan dunianya dengan qanaah, urusan akhiratnya dengan bersegera, ilmu dan bersungguh-sungguh.”
    Allah berfirman yang bermaksud:

    “Barang siapa yang mengerjakan amal salih, baik lelaki, mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.” (Surah al-Nahl, ayat 97)
    Majoriti ahli tafsir mengatakan bahawa kehidupan yang baik di dunia ialah dengan qanaah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    “Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
    Ulama sudah mengemukakan beberapa cara untuk memiliki sifat mulia ini antara lain ialah pertama, berjimat dalam perbelanjaan dan merancang perbelanjaan. Kedua, percaya bahawa dengan qanaah mendatang kemuliaan.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    “Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
    Apabila seseorang itu bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya, maka dia tidak akan bersifat bakhil dan kedekut menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Tegasnya, dia menjadi seorang yang pemurah dalam masyarakatnya.

    Dalam sejarah umat Islam, tercatat beberapa kisah mereka yang murah hati antaranya, diceritakan bahawa Abdullah bin `Amir membeli sebuah rumah kedai daripada Khalid bin `Uqbah dengan harga 90,000 dirham.
    Tiba-tiba pada malam itu, dia mendengar anak isteri Khalid menangis. Lalu dia bertanya kepada isterinya: “Apa hal mereka itu?” Kemudian dia diberitahu bahawa mereka menangis kerana rumah mereka yang dijual.
    Lantas Abdullah berkata kepada pembantunya: “Pergi dan suruh mereka datang ke sini.” Selepas mereka datang lalu dia terus menyatakan bahawa ambillah rumah itu kembali dan duit itu juga untuk kamu.

    Dalam situasi dan ekonomi yang dihadapi umat manusia hari ini, alangkah beruntungnya umat Islam yang mendapat bimbingan daripada ajaran agamanya yang suci supaya tidak mengurus urusan dunia ini dengan kacamata keinginan nafsu semata-mata sebaliknya menjadi pengguna yang bijak , berhemat dan tidak tamak.

    Jadikanlah sifat qanaah yang mulia ini sebagai senjata untuk menghadapi ujian dan cabaran hidup dunia sementara ini.

    Oleh Dr Abdul Rashid Ahmad

    Wassalam..

    Mengapa Menangis?

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalamu'alaikum wbt..


    PERNAHKAH anda menangis?

    Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

    Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

    Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

    Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

    Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

    Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

    # Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

    # Menangis kerana rasa takut.

    # Menangis kerana cinta.

    # Menangis kerana gembira.

    # Menangis kerana menghadapi penderitaan.

    # Menangis kerana terlalu sedih.

    # Menangis kerana terasa hina dan lemah.

    # Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

    # Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

    # Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

    Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

    Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya:

    “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
    Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

    Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

    # Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.

    # Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

    # Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

    Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

    Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

    “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

    # Apabila dahinya berpeluh.

    # Air matanya berlinang.

    # Hidungnya keluar cecair.

    Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

    Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

    Wassalam..

    Istimewanya Wanita

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalamu’alaikum wbt..

    Sekadar renungan untuk mereka yang bergelar Muslimah.. ketahuilah betapa istimewanya Allah SWT jadikan kita sbg seorang WANITA..

    Nak tau kenapa? Kalau nk tau.. Teruskan bacaan anda..

    1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

    2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

    3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

    4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

    5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

    6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

    7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

    8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

    9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

    10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

    11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

    12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W “Ibunya.”

    13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

    14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

    15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

    16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

    17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

    18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

    19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

    20.  Huhu.. x tertulis betapa istimewanya kita..



    Fikir2kan lah..

    Wassalam..

    * Bersyukur sgt2 krn dilahirkan sbg wanita.. THANK YOU ALLAH.. Alhamdulillah…=)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...